CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengarah syarikat hadapi 9 pertuduhan pengubahan wang haram

[Copy link]
Post time 10-3-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah syarikat hadapi 9 pertuduhan pengubahan wang haram


BERNAMA



Choo (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram. FOTO Bernama



Butterworth: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.2 juta pada 2020.

Choo Peng Hoong, 41, yang merupakan Pengarah Syarikat Choo Marketing Sdn Bhd didakwa memindahkan wang hasil aktiviti haram daripada akaun bank syarikat itu kepada sembilan akaun bank berbeza pada 11 hingga 24 Mac 2020.

Tertuduh didakwa melakukan transaksi berkenaan dengan memindahkan wang antara RM20,000 hingga RM405,025 di Maybank Berhad, Cawangan Prai Industrial Estate.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous menawarkan jaminan RM100,000, bagaimanapun peguam mewakili Choo, Y Anbananthan, memohon agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih bujang dan hanya berpendapatan RM3,500 sebulan selain perlu menanggung ibu yang sudah tua.

Hakim Noor Aini Yusof kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM54,000 dengan dua penjamin untuk semua pertuduhan, serta perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 28 April ini untuk tarikh sebutan semula kes.




Disiarkan pada: Mac 10, 2023 @ 3:12pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.244345 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list