CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM perincikan syor jawatankuasa anti gangguan seksual dan buli

[Copy link]
Post time 12-3-2023 11:40 PM | Show all posts |Read mode
KPM perincikan syor jawatankuasa anti gangguan seksual dan buli


BERNAMA



FADHLINA Sidek. FOTO Danial Saad



Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperincikan syor oleh Jawatankuasa Anti Gangguan Seksual dan Anti Buli bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menangani isu gangguan seksual serta buli dalam kalangan pelajar.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, beliau yakin saranan dan cadangan yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan mampu meningkatkan keselamatan ekosistem sekolah.

"Saya yakin kita menuju kepada ekosistem selamat dan syor ini dapat memudahkan akses untuk anak-anak mendapatkan bantuan dalam konteks melindungi diri mereka berkaitan isu buli dan gangguan seksual.

"Selain itu, syor itu juga dapat menguatkan lagi dasar khususnya polisi perlindungan kanak-kanak yang lebih baik sekali gus memastikan keselamatan mereka di sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek rintis Program 3S (Safer Mind, Safer School, Safer Future) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan di sini hari ini.

Katanya selepas diperincikan, saranan syor berkenaan akan dimaklumkan supaya dapat sama-sama didukung demi memastikan sekolah anak-anak lebih selamat.





Disiarkan pada: Mac 12, 2023 @ 11:01pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064224 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list