CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3209|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JHEAINS lahir pendakwah berbahasa Mandarin dan Tamil

[Copy link]
Post time 28-3-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode

JHEAINS menganjurkan dua bengkel bagi merangka modul pendakwah berbahasa asing. Foto ihsan JHEAINS

Seremban: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) merancang melahirkan pendakwah yang boleh berbahasa Mandarin dan Tamil bagi memperkasakan usaha dakwah di negeri ini.

Untuk tujuan itu, JHEANS kini dalam usaha menghasilkan modul pendakwah bagi kedua-dua bahasa dengan mendapatkan nasihat daripada beberapa individu yang pakar berkaitan perkara itu.

Pengarah JHEAINS Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, dua Bengkel Pembinaan Modul Pendakwah Berbahasa Asing dianjurkan pada awal bulan ini bagi membincangkan mengenai modul berkenaan.

"Bengkel dianjurkan JHEAINS selama tiga hari bermula 2 Mac lalu. Seramai 24 peserta berkumpul dalam satu delegasi Bengkel Pembinaan Modul Pendakwah Berbahasa Asing (Mandarin).

"Antaranya empat penyelidik dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tiga pendakwah dari Pusat Kegiatan Saudara Baru Kompleks As-Sa'adah, Seremban, dua Sukarelawan Rakan Ziarah JHEAINS serta pegawai Bahagian Dakwah JHEAINS, " katanya.

Beliau berkata, melalui pelan strategik jabatan dalam pemerkasaan dakwah, JHEAINS turut mengadakan bengkel selama dua hari pada 7 Mac lalu bagi membina modul bagi pendakwah berbahasa Tamil.

"Bengkel bahasa Tamil ini menjemput beberapa penyelidik termasuk dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan UKM, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Pertubuhan Pengasih India Negeri Sembilan dan Sukarelawan Rakan Ziarah JHEAINS," katanya.

Menurutnya, objektif bengkel berkenaan adalah untuk membincang serta merangka satu modul khusus bagi melahirkan pendakwah berbahasa Mandarin dan Tamil selari dengan pelan strategik JHEAINS dalam pemerkasaan dakwah.

"Semoga usaha ini dapat membantu melahirkan lebih ramai pelapis pendakwah berbahasa Mandarin dan Tamil di Negeri Sembilan pada masa akan datang," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mandarin-dan-tamil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.034549 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list