View: 247|Reply: 0
|
Verstappen tuntut percaturan lebih baik dari Red Bull
[Copy link]
|
|
GRAND Prix Monaco menawarkan saingan berbeza. -FOTO AFP
Monaco: Max Verstappen meneruskan penguasaan apabila memacu Red Bull untuk mendahului catatan masa namun menuntut prestasi lebih baik daripada pasukannya menjelang sesi kelayakan esok di Grand Prix Monaco.
Juara dunia dua kali itu bergelut dengan keretanya pada sesi latihan pembukaan selepas berada di kedudukan keenam namun bangkit pada sesi sebelah petang untuk mendahului Ferrari, Charles Leclerc.
"Latihan kedua adalah lebih baik," kata Verstappen yang mengatasi rakan sepasukan Sergio Perez dengan 14 mata dalam perebutan kejuaraan tahun ini. "Kereta itu berasa lebih kompetitif.
"Berbanding Ferrari, kami masih agak ketinggalan dari segi cara kereta itu bersaing dari tepi jalan dan di atas bonggol dan itu sesuatu yang perlu kami usahakan untuk esok kerana ia sangat dekat.
"Aston Martins juga rapat dan kami perlu melakukan sesuatu untuk kekal di hadapan. Kereta itu lebih baik jadi anda boleh pergi lebih lagi dan pergi lebih dekat dengan penghadang."
Verstappen mencatatkan masa terpantas sepusingan satu minit 12.462 saat, 0.065 di hadapan pelumba tempatan, Leclerc itu yang berusaha untuk menduduki petak pertama buat kali ketiga berturut-turut di tempat sendiri.
Carlos Sainz mencatatkan masa terpantas pada sesi pertama, berada di kedudukan ketiga dan Ferrari kedua, walaupun dia kemudiannya merempuh penghadang di hadapan juara dua kali Aston Martin, Fernando Alonso, Lando Norris dari McLaren dan juara tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -baik-dari-red-bull |
|
|
|
|
|
|
| |
|