|
DJOKOVIC mengucup Trofi Musketeers selepas muncul juara Terbuka Perancis. FOTO AFP
Paris: Novak Djokovic yang masih segar dengan rekod 23 gelaran Grand Slam, kembali ke tangga teratas ranking pemain tenis terbaik dunia, manakala Rafael Nadal terkeluar daripada kelompok 100 terbaik.
Ia adalah minggu ke-388 bagi Djokovic, 36, menduduki senarai teratas selepas naik dua anak tangga susulan kehebatannya menjuarai Terbuka Perancis, semalam.
Dia menewaskan pencabar dari Sepanyol, Carlos Alcaraz, 20, yang sebelum ini menduduki tangga teratas, di separuh akhir Terbuka Perancis.
Pemain Rusia, Daniil Medvedev, yang tersingkir di pusingan pertama di Roland Garros, turut jatuh satu naka tangga di tempat ketiga manakala pemain Norway, Casper Ruud yang tewas di final, kekal di tangga keempat dengan kelebihan 40 mata mengatasi pemain Greece, Stefanos Tsitsipas.
Bagaimanapun, juara Terbuka Perancis sebanyak 14 kali, Nadal, yang tersisih lama akibat kecederaan bahu terjatuh 121 anak tangga ke kedudukan ke-136.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-satu-dunia-semula |
|