CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

Azizulhasni belum puas, buru emas ke-12 esok

[Copy link]
Post time 17-6-2023 02:30 PM | Show all posts |Read mode

AZIZULHASNI mahu muncul juara dalam acara kegemarannya, keirin esok. FOTO AZRUL EDHAM

Kuala Lumpur: Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengimpikan untuk menambah koleksi emasnya yang ke-12 di kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 selepas mengungguli acara pecut individu di Velodrom Nasional Nilai semalam.

Azizulhasni atau dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman berkata, beliau sama sekali tidak akan 'berhenti daripada memburu kilauan pingat pada penampilan terakhirnya di kejohanan itu lagi-lagi beraksi di laman sendiri.

Bagaimanapun katanya, hasratnya itu semua bergantung kepada aturan perancangan yang bakal direncanakan oleh ketua jurulatih, John Beasley.

"Kenapa tidak (emas ke-12). Sasaran saya sekurang-kurangnya satu pingat emas dan selepas ini keirin... anda semua tahu yang saya tak akan main-main, saya akan berusaha dengan penuh gigih.

"Saya berlumba dengan kurang tekanan (untuk keirin selepas raih emas ke-11), saya sudah capai sasaran saya, jadi tengoklah bagaimana perlumbaan Ahad nanti. Saya tak tahu perancangan John... mungkin tolong Shah (Firdaus Sahrom) atau bergerak sendiri.

"Apapun saya ingin meraikan kejayaan ini dulu, pantas mencari kecergasan semula dan selepas itu bincang mengenai perancangan Ahad nanti.

"Nak menang, memang nak menang kerana keirin adalah acara kegemaran saya. Apapun, kita tengok bagaimana perancangan John dulu," katanya yang akan beraksi dalam acara keirin pada Ahad.

Selain Azizulhasni, turut dijadual beraksi dalam acara keirin individu adalah seorang lagi pelumba negara Shah Firdaus Sahrom yang menjangkakan seniornya itu tidak akan memperlahankan kayuhan dalam misi memburu kilauan emas seterusnya.

"Saya tak rasa dia akan perlahankan rentak. Dia akan terus laju tetapi yang pertamanya, sasaran peribadi saya adalah melayakkan diri terlebih dulu di final.

"Di final itu nanti, harap kita tak bagi tiga pelumba Jepun sampai ke final kerana kita tahu, kalau tiga daripada mereka di final, mereka akan lakukan taktikal tradisi mereka.

"Jadi kita kena 'pecahkan' mereka, harapnya mereka tidak semua ke final kerana dalam keirin, semuanya adalah mengenai (strategi) taktikal.

"Kita perlu jadi bijak. Kita tahun Jepun kuat tapi kalau dia gunakan 100 peratus kekuatan, kita boleh tengok apa yang jadi.

"Tapi Azizulhasni ada pakej, dia kuat dan bijak. Kita gabungkan kedua-duanya jadi kita boleh dapatkan jalan penyelesaiannya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uru-emas-ke-12-esok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.080476 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list