CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Perak] Kes kematian mengejut pelajar sekolah disiasat

[Copy link]
Post time 21-6-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode

HSM

LUMUT – Polis membuka kertas siasatan kes kematian mengejut seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di Hospital Seri Manjung (HSM) pada awal tengah malam Sabtu lalu untuk disiasat dengan lebih lanjut.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima laporan mengenai kematian pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina itu pada pukul 4.38 petang semalam.

“Hasil siasatan pihak polis dengan pihak sekolah mendapati pelajar itu berada dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami kesakitan di bahagian kaki dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan ketika hadir ke sekolah itu kira-kira pukul 7.30 pagi Jumaat lalu.

“Pihak sekolah kemudian menghubungi ibu bapa pelajar tersebut dan memberitahu keadaan anaknya yang tidak sihat ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelajar itu kemudian dibawa pulang oleh ibu bapanya ke rumah, sebelum dibawa ke Unit Kecemasan HSM untuk mendapatkan rawatan dan kemudian dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10.10 malam hari sama sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 12.06 malam.

Beliau menjelaskan, pegawai perubatan HSM mengesahkan punca kematian pelajar tersebut adalah akibat daripada darah beku tersumbat di paru-paru.

“Ekoran daripada kejadian itu, IPD Manjung telah membuka satu kertas siasatan mati mengejut untuk siasatan lanjut dan pada masa sama, kami menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian ini,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... r-sekolah-disiasat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.033521 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list