CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 68 Pati ditahan sebaik masuk Malaysia

[Copy link]
Post time 21-6-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA Pati yang dipercayai diseludup masuk ditahan Jabatan Imigresen. FOTO ihsan Jabatan Imigresen

Kuala Lumpur: Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) mengenakan bayaran RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap warga asing yang mahu diseludup masuk ke negara ini.

Pakej itu termasuk menjanjikan warga asing terbabit dengan pekerjaan tetap.

Bagaimanapun, lain jadinya apabila operasi sindiket itu berjaya dihidu sebelum ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 14 Jun lalu.

Pada Operasi Gelombang 3 (Op Gelombang 3) 3.30 pagi itu, JIM menahan 68 warga asing berusia 10 hingga 62 tahun di Terminal Bas Kota Bharu, Kelantan, sejurus dibawa masuk dari negara jiran.

Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat JIM Putrajaya dan JIM Kelantan susulan kejayaan Op Gelombang 2 yang dijalankan pada Mac lalu.

Kata beliau, 68 warga asing yang ditahan termasuk 24 wanita dan seorang kanak-kanak.

Pecahannya membabitkan 26 warga India, Myanmar (21), Indonesia (10), Vietnam (6), Bangladesh (3) dan dua dari Pakistan.

"Mereka dipercayai baru tiba dari negara jiran dan kemudian dipindahkan ke sekitar Terminal Bas Kota Bharu," katanya pada kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, hasil awam dan risikan selama dua bulan, sindiket menyeludup masuk warga asing melalui pengkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand sebelum mereka dibawa ke destinasi tertentu di sekitar Lembah Klang.

Menurut beliau, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan yang berperanan sebagai 'transporter' bagi sindiket terbabit.

"Transporter ini mendakwa menerima upah antara RM150 hingga RM250 bagi setiap warga asing yang dibawa dari sempadan ke terminal bas berkenaan.

"Tiga kenderaan bernilai kira-kira RM50,000 yang digunakan untuk membawa warga asing turut disita bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pasport 1966.

Tiga lelaki tempatan pula direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... baik-masuk-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048163 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list