View: 1145|Reply: 0
|
[Perak]
Kadar subsidi harga padi naik daripada RM360 kepada RM500 setiap tan mulai esok - PM
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan - tuaian padi di Kedah
PARIT BUNTAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan subsidi harga padi daripada RM360 kepada RM500 setan berkuat kuasa esok.
Khabar gembira buat pesawah padi itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Majlis Sentuhan Agromadani Peringkat Negeri Perak di Dewan Kerian Lermai, di sini hari ini.
Yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Anwar menyifatkan, peningkatan sebanyak RM140 itu diunjur membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun, adalah satu-satunya kenaikan subsidi itu sejak kenaikan terakhir diumumkan kira-kira 25 tahun lalu.
Beliau berkata, pengumuman itu akan menyaksikan pesawah di negara ini memperoleh RM1,700 bagi satu metrik tan pengeluaran padi, bermula esok.
"Kenaikan (subsidi padi) yang paling akhir adalah semasa Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dulu, 25 tahun lalu.
"Alhamdulillah kini sudah jadi Menteri Kewangan, subsidi itu naik lagi dari RM360 kepada RM500," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... da-rm500-setiap-tan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|