CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1599|Reply: 0

[Perak] Dua lelaki bergaduh di pusat hiburan kena dakwa

[Copy link]
Post time 9-8-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode

LING Boon Huat (tangan berbalut) dituduh mencederakan rakannya Ngoi Mei Hock semasa menuntut hutang di Mahkamah Majistret Seri Manjung FOTO Muhamad Lokman Khairi

Manjung: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan bergaduh di sebuah pusat hiburan di Sitiawan, di sini, hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, pekerja kedai makan Ling Boon Huat, 40, dan peniaga Ngoi Mei Hock, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret T Kavita.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua lelaki terbabit didakwa bergaduh sehingga menyebabkan kecederaan ke atas satu sama lain.

Boon Huat yang tiba dengan tangan kanan berbalut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Mei Hock dalam sebuah bilik di Pusat Hiburan Mikado, Sitiawan, di sini, pada 12.04 tengah malam 30 Julai lalu.

Mei Hock pula didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Boon Huat di tempat sama pada 10 malam 29 Julai lalu.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Norjihan Jaya, manakala Boon Huat diwakili peguam Koay Jing Qian dan Mei Hock pula diwakili peguam Kartini Mansor.

Pihak pendakwaan kemudian menawarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000.

Bagaimanapun, Jing Qian merayu jaminan dikurangkan kerana anak guamnnya yang sudah bercerai menanggung seorang anak berusia 17 tahun yang masih bersekolah selain perbelanjaan bapanya berusia 71 tahun dengan pendapatan tidak menentu.

Manakala, Kartini juga merayu supaya jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya yang sudah bercerai perlu menanggung dua anaknya yang masih kecil selain perbelanjaan kedua-dua ibu bapanya dengan jumlah pendapatan tidak tetap.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,500 dan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan sebutan semula kes buat Boon Huat ditetapkan pada 21 September depan, manakala bagi Mei Hock pada 19 September depan bagi serahan laporan perubatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hiburan-kena-dakwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053059 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list