CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1488|Reply: 1

[Melaka] 'Azmil selalu dipanggil Alleycats' - Ibu

[Copy link]
Post time 9-8-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Azmil Azli yang baru berusia dua tahun mendapat perhatian kerana gaya rambut afro yang biasanya sering digayakan orang dewasa. FOTO Ihsan Siti Nor Asyikin

Melaka: "Anak memang selalu menjadi perhatian, malah ramai yang tanya kalau dia memakai rambut palsu dan memanggilnya afro dan Alleycats," kata Siti Nor Asyikin Abdul Kadir.

Siti Nor Asyikin, 24, adalah ibu kepada kanak-kanak lelaki, Mohamad Azmil Azli Mohamad Azali, 2, yang mendapat perhatian di TikTok selepas videonya berjoget dengan penampilan gaya rambut afro mengundang lucu.

Menurutnya Siti Nor Asyikin, rambut anak bongsu daripada dua beradik itu adalah asli dan sudah hampir dua tahun mereka tidak memotong rambutnya selepas majlis cukur jambul ketika Mohamad Azmil Azli berusia sebulan.

Katanya, anaknya yang mesra disapa Azmil mengikut rambut keluarga suami, Mohamad Azali Sulaiman, 31, kerana bapa mentuanya juga mempunyai rambut kerinting.

"Ketika dilahirkan, rambut Azmil lurus tetapi selepas cukur jambul dan rambut baru tumbuh barulah rambutnya kerinting.

"Kami tak pernah potong rambutnya sejak itu dan apabila kering serta disikat rambut Azmil akan menjadi kembang.

"Kalau keluar rumah Azmil selalu menjadi perhatian dan ramai yang minta nak pegang rambutnya kerana mereka sangka itu rambut palsu kerana gaya rambut itu jarang digayakan oleh kanak-kanak, biasanya golongan dewasa saja.

"Orang juga selalu cakap Azmil comel dengan gaya rambut itu, malah ada juga yang tak beri kami gunting rambutnya. Kadang-kadang kami ikat rambutnya supaya lebih selesa ketika cuaca panas," katanya ketika dihubungi hari ini.



MOHAMAD Azmil Azli bersama ibu bapanya. FOTO Ihsan Siti Nor Asyikin

Suri rumah itu berkata, sebelum ini mereka ada cadangan mahu menggunting rambut kanak-kanak itu, namun apabila melihat anak selesa dengan gaya rambut berkenaan mereka membatalkan hasrat itu.

"Azmil juga gembira dengan gaya rambutnya dan tidak pernah rimas dengan rambutnya. Sekarang kami nak gunting rasa sayang tetapi rambutnya akan tetap digunting apabila sudah bersekolah nanti," katanya yang tinggal di Bukit Rambai di sini.

Berhubung video anaknya yang mendapat perhatian itu, Siti Nor Asyikin berkata, dia jarang berkongsi video anaknya di TikTok dan dia hanya suka-suka berkongsi video Mohamad Azmil Azli menari sambil diiringi muzik di akaunnya.

"Komen di TikTok semuanya positif, lucu dan saya terhibur baca komen netizen, malah tak sangka ia akan mendapat perhatian dan meraih banyak tontonan dan komen," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nggil-alleycats-ibu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Rarenya rambut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.147191 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list