View: 639|Reply: 1
|
[Terengganu]
Usia 72 tahun tak halang Wan Minah daki bukit kutip durian
[Copy link]
|
|
Wan Minah mengandar durian yang dipungut dari kebunnya dan membawa pulang dengan menggunakan motosikal di Kampung Lingai. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Nerus: Walaupun menjangkau usia emas namun seorang nenek masih berupaya mendaki bukit yang curam untuk mengutip durian sebelum mengandar hasil pertanian itu untuk dipasarkan.
Wan Minah Wan Deraman, 72, dari Kampung Lingai, dekat sini berkata, seawal jam 7 pagi dia akan ke kebun setiap hari dan tibanya musim durian menjadikan rutin hariannya semakin sibuk.
Menurutnya, jarak untuk naik dan turun dari bukit sejauh tiga kilometer (km) dan rutin itu dilakukan lima kali sehari dengan anggaran lebih 15 km sehari.
Katanya, hasil durian yang dikumpul dijual di bahu jalan di kampung itu dan tempoh durian berbuah boleh menjangkau sehingga tiga bulan semusim.
"Alhamdulillah, walaupun sudah menjangkau usia emas namun saya masih mampu untuk mendaki bukit yang curam untuk mengutip durian.
"Durian akan dikandar untuk dibawa turun ke bawah bukit sebelum diletakkan di atas motosikal untuk dibawa keluar ke lokasi jualan," katanya yang mempunyai tiga cahaya mata dan tujuh orang cucu.
Wan Minah berkata, dia melakukan aktiviti memanjat bukit memungut durian apabila tiba musimnya sejak berusia 20 tahun dan pengalaman lebih 50 tahun memanjat bukit memberi stamina buatnya untuk meneruskan pekerjaan itu.
"Saya ke bukit setiap hari dan rutin membersihkan kebun seluas satu hektar menjadi pekerjaan hakiki saya sejak muda," katanya.
Jirannya, Rohaidah Jusoh, 57, pula berkata, dia mengayuh basikal pergi dan balik sejauh lapan kilometer dari rumah ke kebun.
"Sebaik tiba di kebun, saya perlu meredah anak sungai sebelum mengutip durian dan membungkusnya dengan kain batik serta dijunjung meredah anak sungai.
"Selepas itu buah berkenaan akan dikandar pula untuk dibawa keluar dari kebun dan diletakkan di atas basikal untuk dibawa pulang sebelum dijual," katanya.
Menurutnya, rutin pergi dan balik itu biasanya dilakukan sebanyak tiga kali sehari dan jarak yang perlu dilalui melebihi 25 kilometer sehari.
Katanya, pengalaman memungut durian menggunakan basikal sejak berusia 17 tahun memberikan kekuatan kepadanya untuk melakukan kerja bermusim itu.
Tambahnya, dia masih mampu melakukan pekerjaan yang biasanya dilakukan golongan lelaki itu kerana memungut, menjunjung dan mengandar buah durian bukan kerja yang ringan dan memerlukan kudrat yang kuat.
"Selagi masih diberi kesihatan yang baik, saya akan meneruskan kerja ini walaupun ia bermusim.
"Walaupun bermusim namun kerja-kerja kebun seperti membersihkan kawasan masih saya lakukan secara berkala dan bukannya datang ke kebun setahun sekali," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bukit-kutip-durian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Syukran masih diberikan rezeki kesihatan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|