CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2769|Reply: 0

[Kelantan] Guru wanita ditemukan meninggal dunia di rumah

[Copy link]
Post time 24-8-2023 05:17 PM | Show all posts |Read mode

Mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan terlentang diruang tamu rumahnya di SMK Panggung Jaya, di sini, semalam. FOTO Ihsan PDRM

Gua Musang: Guru wanita ditemukan meninggal dunia akibat jangkitan kuman di rumahnya di kuarters guru sebuah sekolah menengah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 pagi, rakan wanita itu menemui mangsa berusia 43 tahun yang tinggal sendirian dan belum berkahwin dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa yang tinggal di tingkat empat kuarters guru mula mengajar di sekolah berkenaan pada Januari tahun lalu.

Menurutnya, kejadian disedari apabila seorang guru pergi ke rumah mangsa kerana dia tidak hadir bertugas.

"Apabila sampai di rumah mangsa, pengadu mengetuk pintu dan memberi salam, namun tiada jawapan.

"Pengadu meminta bantuan daripada seorang lagi guru wanita untuk membuka pintu rumah mangsa dengan kunci pendua.

"Selepas berjaya membuka pintu rumah, mereka mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang di ruang tamu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Punca kematian mangsa disebabkan 'Sepsis Secondary to Necrotizing Fascilitis' atau jangkitan kuman yang teruk.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

GUA MUSANG : Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia kerana jangkitan kuman di rumahnya di kuarters guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, di sini, semalam.

Mangsa, Siti Noor Ba'Ayah Mohd Husin, 43, yang tinggal sendirian dan masih belum berkahwin ditemukan dalam keadaan terlentang diruang tamu rumahnya oleh rakannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa yang tinggal di tingkat 4 kuartes guru mula mengajar disekolah itu pada Januari tahun lalu.

"Kira-kira jam 8.40 pagi semalam pengadu yang juga guru di SMK Panggung Jaya Gua Musang ke rumah mangsa kerana dia tidak hadir bertugas.

"Apabila sampai di rumah mangsa, pengadumengetuk dan memberi salam, namun taiada jawapan.

"Pengadu meminta bantuan daripada seorang lagi guru wanita untuk membuka pintu rumah mangsa dengan kunci pendua yang ada padanya. Selepas berjaya membuka pintu rumah mereka mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang di kawasan ruang tamu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian ke atas mangsa.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan punca kematian adalah disebabkan 'Sepsis Secondary to Necrotizing Fascilitis' atau jangkitan kuman yang teruk.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) memandangkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui terhadap mangsa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggal-dunia-di-rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.042765 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list