CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3668|Reply: 0

[Kelantan] Ibu dakwa anak dua bulan tak ke sekolah kerana trauma dirotan guru

[Copy link]
Post time 27-8-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode

KESAN didakwa akibat dirotan pada salah satu kaki pelajar itu. FOTO Ihsan Keluarga

Kuala Krai: Pelajar perempuan Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di sini, mendakwa trauma dipercayai selepas dirotan oleh seorang guru disiplin pada Jun lalu.

Ibu mangsa, Surayah Ismail, 52, berkata, anak bongsu daripada tujuh beradik itu kini sering ketakutan dan tidak lagi mahu ke sekolah sejak berlakunya kejadian itu.

Katanya, dalam kejadian pada Jun lalu, anaknya itu dirotan di bahagian betis oleh guru disiplin sehingga lebam dan bengkak selepas gagal menunjukkan sebab ketidakhadirannya ke sekolah pada ketika itu.

"Bagaimanapun, sehari sebelum anak saya dirotan, saya sendiri sudah menghubungi guru kelasnya namun tidak dijawab dan menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp bagi memaklumkan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan demam bisul di telinga.

"Namun, pada keesokan harinya, apabila anak saya ke sekolah, dia dan rakan-rakannya yang lain dipanggil oleh guru disiplin pada perhimpunan pagi.

"Tanpa sebab yang kukuh guru disiplin berkenaan merotan anak saya di bahagian betis di hadapan khalayak ramai," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, rentetan daripada insiden itu, anaknya tidak lagi mahu ke sekolah kerana bimbang diejek oleh guru dan rakannya yang lain.

"Sekiranya anak saya ke sekolah dan belajar seperti biasa, dia tetap tidak dapat memberi perhatian dan akan mengalami tekanan mental yang sangat teruk.

"Sehingga kini, pihak keluarga masih berusaha membantu menyembuhkan anak saya dari pelbagai sudut rawatan bagi mengembalikan keyakinan serta memulihkan trauma yang dihadapinya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memaklumkan pengadu membuat laporan polis kerana mendakwa anaknya dirotan sehingga mendatangkan kecederaan.

Katanya, siasatan lanjut berhubung itu sedang dijalankan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... trauma-dirotan-guru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.335136 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list