CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1673|Reply: 0

[Terengganu] Sasaran buka kebun durian 2,000 hektar di Terengganu

[Copy link]
Post time 30-8-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Berang: Sebanyak 2,000 hektar tanah akan dimajukan sebagai kebun durian di Terengganu, dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Datuk Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata, sehingga kini, hanya terdapat 1,300 hektar tanah yang diusahakan dengan tanaman durian di negeri ini.

Menurutnya, daripada jumlah keluasan kebun yang ada sekarang, ia hanya mampu menampung 86 peratus jumlah permintaan durian di negeri ini.

Katanya, pertambahan 2,000 hektar itu berpotensi untuk tujuan pasaran tempatan dan eksport.

"Kebun-kebun durian baharu ini akan ditanam dengan pelbagai durian jenis klon dan bernilai tinggi selain mempunyai bilik sejuk beku bagi penyimpanan raja buah berkenaan.

"Kita juga berharap pembabitan pihak swasta, orang perseorangan dan syarikat berkaitan kerajaan dapat merealisasikan hasrat ini," katanya.

Beliau ditemui selepas Program Walkabout Pertandingan Durian Kampung Premium Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 66 bertempat di Dewan Kompleks Pertanian Ajil, di sini, hari ini.


Zulkepli (kiri) ketika program Walkabout Pertandingan Durian Kampung Premium di Dewan Kompleks Pertanian Ajil. FOTO Nazdy Harun

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ektar-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.047550 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list