CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1178|Reply: 0

[Kelantan] Bekalan telur ayam berkurangan di Kelantan

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode

TINJAUAN di beberapa kedai pemborong telur mendapati bekalan telur ayam di Kelantan kurang sejak lebih sebulan lalu berikutan pemborong menerima bekalan yang sedikit daripada peladang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Bekalan telur ayam di Kelantan kurang sejak lebih sebulan lalu berikutan pemborong menerima bekalan yang terhad daripada peladang.

Tinjauan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong mendapati bekalan telur habis manakala di kedai borong di Jalan Kuala Krai di sini, bekalan pula terhad.

Pemborong telur, Rosmina Abdul Razak, 48, berkata, bekalan telur kurang sejak lebih sebulan lalu dan bertambah kronik sejak dua minggu lalu kerana dipercayai ayam telur berkurangan di ladang, namun harga masih sama iaitu RM13.50 untuk Gred A, RM12.90 bagi Gred B dan RM12.30 untuk Gred C.

Katanya, berikutan itu kedainya hanya mengehadkan pembelian satu papan bagi setiap pelanggan dan keutamaan diberikan kepada pelanggan tetap terutama peruncit serta pemborong.

"Kita hanya menerima bekalan telur sebanyak 7,000 papan untuk seminggu berbanding sebelum ini kedai ini menerima lebih 10,000 papan untuk tempoh sama.

"Bekalan ini dihantar oleh peladang dari Melaka yang dihantar dua kali seminggu dan dalam tempoh dua hari ia habis selepas dihantar kepada pemborong dan peruncit," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, telur cepat habis kerana orang Kelantan menggunakan bekalan ini untuk membuat kuih-muih dan pelbagai jenis makanan untuk dijual.

Peniaga kedai runcit, Amalin Syahira Huzaini, 24, berkata, bekalan telur berkurangan sejak seminggu lalu menyebabkan dia tidak dapat membeli bekalan itu sejak beberapa hari lalu.

Katanya, sudah tiga hari dia mencari bekalan telur beberapa kedai borong, namun hampa apabila tidak memperoleh bekalan untuk dijual di kedai runcit milik bapanya, Huzaini Harun, 55, di Peringat di sini.

"Saya buntu dan tidak tahu nak cari telur di kedai mana kerana pelanggan yang datang ke kedai runcit ayah sentiasa bertanya bekalan kerana mereka memerlukan.

"Saya harap perkara ini dapat diselesaikan berikutan orang ramai terutamanya penduduk kampung menjadikan telur ini salah satu daripada lauk utama mereka termasuk untuk membuat kuih-muih," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... urangan-di-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039600 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list