CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2196|Reply: 0

[Terengganu] Lupus rokok seludup RM1.2 juta

[Copy link]
Post time 10-9-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Khairulanuar (kiri) melupuskan sebahagian daripada 379, 400 batang rokok seludup menggunakan mesin pengisar di Ibu Pejabat Maritim Terengganu FOTO Ghazali Kori.

Kuala Terengganu: Sebanyak 379,400 batang rokok seludup bernilai RM1.2 juta yang dirampas dalam Operasi Serop, dilupuskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, hari ini.

Pengarahnya, Kepten (M) Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, rokok tidak bercukai itu dirampas pada April lalu di kawasan Kuala Besut dan rampasan kedua untuk tahun ini.

Katanya, rampasan pertama pada Februari lalu membabitkan dua juta batang rokok tidak bercukai yang bernilai RM2.1 juta di Penarik, Setiu.

"Rokok yang sudah dilucutkan hak itu dilupuskan di pejabat APMM dulu, sebelum dibawa ke tapak pusat pelupusan sampah untuk pelupusan secara selamat.

"Kita akan terus memantau kemasukan rokok haram melalui rondaan dan operasi secara berterusan," katanya ketika ditemui pada sesi pelupusan rokok seludup di pejabat APMM di Pulau Kambing di sini, hari ini.

Menurutnya, proses pelupusan bagi rokok seludup yang dirampas pada operasi pertama di Penarik, Setiu akan dilaksana dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memperhebatkan usaha mengekang aktiviti penyeludupan rokok jenis itu yang dilihat mempunyai permintaan tinggi di Pantai Timur.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-seludup-rm12-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045717 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list