CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4288|Reply: 0

[Kelantan] Minyak masak peket putus bekalan di Kelantan

[Copy link]
Post time 10-9-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Minyak masak peket satu kilogram (kg) bersubsidi di Kelantan habis dijual menyebabkan pelanggan terpaksa memilih membeli minyak masak dalam botol.

Tinjauan di beberapa kedai runcit di Kota Bharu dan pasar raya di sekitar Bachok mendapati minyak masak bersubsidi itu habis, manakala minyak masak botol dua hingga lima kg masih memenuhi ruangan di rak kedai.

Pemilik kedai runcit Hiezqiel di Jalan Pasir Hor, Syamim Nasruddin, 32, berkata, minyak masak peket di kedainya putus bekalan hampir dua minggu lalu dan hanya ada minyak masak dalam botol.

Katanya, masalah ketiadaan minyak masak peket itu berlaku kerana syarat yang dikenakan pemborong kepada peruncit iaitu perlu membeli gula premium sebanyak 24 kg atau satu bundle (berkas) dan tiga bundle gula bersubsidi baru dapat dua kotak minyak masak satu kg.

"Syarat ini amat berat kerana gula premium jualannya sangat perlahan dan kami terpaksa menyimpan stok yang banyak. Namun, kami terpaksa membeli gula premium dan gula subsidi untuk mendapatkan stok minyak masak.

"Sebagai peruncit, saya serba salah untuk mengenakan syarat pembelian minyak masak bersama gula premium kepada pembeli, namun jika kami tidak berbuat demikian siapa nak beli stok gula premium kami?" katanya ketika ditemui di kedainya hari ini.

Peniaga, Zaharah Kamaruddin, 60, berkata, untuk meneruskan jualan, dia membeli minyak masak botol walaupun harganya sedikit mahal dan keuntungan sedikit.

"Saya tidak ada pilihan apabila perlu membeli minyak masak botol berikutan bekalan minyak masak peket habis sejak lebih dua minggu lalu," katanya yang berniaga di Kampung Tini, Jalan Pasir Hor, di sini.

Peniaga kantin sekolah, Fatin Mohd Yusoff, 32, berharap isu yang berpanjangan itu dapat diselesaikan segera oleh pihak kerajaan.

"Saya guna minyak masak paket sekotak sehari, namun bekalan putus sejak beberapa minggu ini. Saya harap perkara ini dapat selesai dengan segera kerana rakyat makin terhimpit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bekalan-di-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.102449 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list