View: 1289|Reply: 0
|
[Kelantan]
'Berilah saguhati, pampasan...' - Pekebun
[Copy link]
|
|
Pemilik kebun, Ismail Awang Hamad, 60, menunjukkan kesan tapak kaki gajah liar yang masuk ke kebunnya.
Gua Musang: Lebih 300 pekebun Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini, merayu kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian pampasan terhadap kerugian ditanggung akibat serangan haiwan liar terutama gajah.
Penduduk mendakwa mengalami kerugian mencecah ratusan ribu ringgit disebabkan kerosakan tanaman sejak tiga tahun lalu.
Pemilik kebun, Wan Ab Talib Wan Jusoh, 69, berkatakejadian serangan haiwan liar di kebunnya kerap berlaku sehingga menanggung kerugian besar.
Katanya, walaupun usaha memindah dan menangkap gajah yang memusnahkan tanaman dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), ia tidak dapat menyelesaikan masalah secara jangka panjang.
"Adakalanya kami berasa kecewa dan putus asa apabila tanaman seperti pisang, kelapa sawit dan getah dirosakkan haiwan liar. Tapi apalah daya kami, terpaksa juga tanam balik kerana inilah saja punca pendapatan untuk menyara keluarga.
"Kami pekebun bukan orang kaya, kais pagi makan pagi, bila tanam keluarkan hasil dan berharap untuk menjualnya, tiba-tiba dimusnahkan oleh gajah, memang rasa sedih.
"Saya harap kerajaan negeri atau persekutuan dapat menimbangkan pemberian pampasan atau sekurang-kurangnya saguhati kepada pekebun yang terjejas kerana serangan haiwan liar," katanya ketika di RPT Sungai Terah, di sini.
Pekebun lain Zahari Daud, 53, berkata sepanjang dua tahun ini empat kali proses pemindahan gajah dilakukan di kawasan kebun mereka, tetapi serangan terus berlaku sehingga pekebun terpaksa menanggung kerugian.
"Kami juga takut untuk ke kebun terutama untuk menoreh getah kerana bimbang akan terserempak haiwan liar itu.
"Selama ini kami tak pernah menerima sebarang ganti rugi dan menanggung kerugian sendiri sekali gus kini berharap kerajaan dapat memberi pampasan atau saguhati untuk memberi sokongan moral kepada pekebun yang terbabit," katanya.
Terdahulu, media melaporkan cadangan mewujudkan tabung bagi pemberian pampasan kepada pekebun dan pemilik tanaman yang berdepan kerugian akibat serangan hidupan liar akan dibangkitkan kepada Kementerian Kewangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2024.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ti-pampasan-pekebun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|