View: 4840|Reply: 0
|
[Terengganu]
1,000 kampit beras putih tempatan diagih ke 38 premis FAMA seluruh Terengganu
[Copy link]
|
|
FAMA mengagihkan sebanyak 50 kampit beras putih tempatan seberat 10 kilogram ke Agrobaazar Chendering, Kuala Terengganu. NSTP/Faizul Azlan Razak
KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menerima 1,000 kampit beras putih tempatan untuk diagihkan ke 38 premis di seluruh negeri ini.
Pengarahnya, Nukman Hashim, berkata bekalan itu sudah diagihkan ke Agrobazaar Rakyat dan Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negeri ini.
Beliau berkata, pengguna boleh mendapatkan beras putih tempatan di semua premis berkenaan yang dijual pada harga RM26 untuk 10 kilogram (kg).
"Bekalan yang kita terima ini adalah inisiatif program intervensi daripada kementerian menerusi FAMA. Ia diharap dapat membantu rakyat susulan kekurangan beras tempatan dan kenaikan harga beras import.
"Sebagai permulaan, kita hanya menerima 1,000 kampit beras putih tempatan dan diagihkan ke semua 38 premis FAMA di seluruh Terengganu bermula semalam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Pekerja Agrobazaar Chendering, di sini, Rohaya Ramli, 42, berkata pihaknya menerima 50 kampit beras putih tempatan untuk jualan di premisnya.
Katanya, sebelum ini pengguna yang datang ke kedainya mencari beras putih tempatan memandangkan kenaikan mendadak harga beras import.
"Sebelum ini, kita ada menjual beras tempatan tetapi sebaik sampai, ia tidak sampai seminggu bertahan selepas diserbu pengguna.
"Saya percaya, bekalan yang kita terima ini tidak bertahan lama kerana setakat ini, ini beras paling murah dengan harga RM26 untuk 10 kg," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... premis-fama-seluruh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|