View: 4559|Reply: 0
|
[Pahang]
400 kampit beras putih tempatan habis dalam tiga jam
[Copy link]
|
|
Orang ramai teruja membeli beras putih tempatan dengan harga kawalan RM 26 kampit 10 kilogram di Pasar Tani Kakal Jerantut hari ini. FOTO ROSELAN AB MALEK
Jerantut: Sebanyak 400 kampit beras putih tempatan yang dijual di Pasar Tani Kekal Jerantut, di sini, habis dalam tempoh tiga jam selepas diserbu orang ramai, hari ini.
Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Daerah Jerantut, Norazmin Fithri Abd Aziz. berkata, beras putih tempatan 10 kilogram itu dijual pada harga kawalan RM26 sekampit.
Menurutnya, jualan yang bermula pada 8 pagi diserbu oleh pengunjung sebaik mengetahui perkara itu dan habis pada 11 pagi.
Katanya, setiap individu hanya dibenarkan membeli dua kampit beras putih tempatan sahaja bagi memberi peluang kepada pengguna lain sekali gus menggalakkan pembelian panik.
"Jerantut antara empat pusat edaran beras di negeri ini selepas menerima bekalan dari Fama Pahang, malam tadi yang mendapat bekalan dari Terengganu.
"Berdasarkan sambutan menggalakkan, Fama akan mengadakan lagi jualan secara terus kepada pengguna jika mendapat bekalan baru," katanya.
Sementara itu, Kamarul Mat Akir, 50, berkata dia teruja apabila mendapat tahu pasar Tani Kekal Jerantut membuat jualan terus beras putih tempatan.
"Sebelum ini saya terpaksa membeli beras import yang harganya jauh lebih mahal sekali gus meningkatkan kos perbelanjaan keluarga.
"Sudah sebulan lebih saya terpaksa membeli beras import kerana semua kedai runcit dan pasar raya tidak mempunyai stok beras putih tempatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abis-dalam-tiga-jam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|