View: 4174|Reply: 0
|
[Terengganu]
Kes demam denggi di Terengganu meningkat, catat 2 kematian
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Nerus: Terengganu merekodkan peningkatan kes demam denggi sebanyak 210 kes setakat Januari hingga 16 September tahun ini berbanding 164 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Malah, dua kematian direkodkan di negeri ini iaitu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu dan Kampung Kasar, Setiu dalam tempoh itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya mendapati sebanyak 46 kes iaitu 28 peratus berlaku peningkatan berbanding tahun lalu.
Beliau berkata, pihaknya mendapati Kuala Terengganu mencatatkan daerah tertinggi iaitu 117 kes setakat bulan ini berbanding 95 kes tahun lalu.
"Kita juga dapati kes di daerah Marang juga meningkat membabitkan 20 kes berbanding 14 kes tahun lalu diikuti Kemaman 19 kes berbanding tujuh tahun lalu.
"Malah, terdapat empat wabak berlaku iaitu dua di Kuala Terengganu, Marang serta Setiu dan semua wabak terkawal dan sudah tamat.
"Justeru, kita sentiasa mengambil tindakan kawalan dan pencegahan merangkumi pemeriksaan premis dan penguatkuasaan bagi memastikan kes denggi di negeri ini terkawal," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ( Wellness Month) dan 1 Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ketapang, di sini, hari ini.
Dr Kasemani berkata, pihaknya meminta kerjasama masyarakat untuk menjalankan aktiviti cari dan musnah Aedes bagi menghapuskan pembiakan dan mengelakkan jangkitan demam denggi.
Beliau berkata, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan memastikan menjaga kebersihan dalam dan luar rumah selain elakkan ruang atau bekas ditakungi air.
"Kita harap sekiranya mempunyai tanda demam denggi, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera di klinik atau hospital terdekat," katanya.
Dalam pada itu, mengulas Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, Dr Kasemani berkata ia satu inisiatif untuk merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan rakyat yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan cara hidup sihat dan disambut pada sepanjang bulan September, setiap tahun.
"Selaras dengan pendekatan seluruh negara dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), sambutan ini diaspirasi untuk mengukuhkan jalinan kerjasama di antara rakan strategik dan sentiasa berganding bahu dalam merancang dan melaksana program atau aktiviti pembudayaan hidup sihat secara bersepadu.
"Saya juga dimaklumkan, seramai 900 peserta berdaftar mengikuti sambutan ini selain semua daerah lain juga turut melaksanakan program yang sama di daerah masing-masing secara serentak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-catat-2-kematian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|