CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4889|Reply: 0

[Terengganu] Lewat 15 minit, gagal beli beras tempatan

[Copy link]
Post time 15-10-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode

MARANG: Lebih 50 pengunjung pasar tani `berputih mata' dan terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan bekalan beras putih tempatan dijual terus di pasar tani Kampung Sentul Patah, di sini, hari ini.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyediakan empat tan beras putih tempatan untuk dijual terus kepada masyarakat di pasar tani yang diadakan di pekarangan Masjid Sentul Patah, bermula jam 8 pagi ini.

Tinjauan mendapati pengunjung pasar tani menyerbu ke kanopi jualan beras sebaik lori FAMA yang membawa bekalan itu memasuki pekarangan masjid.

Bagaimanapun, pengunjung dihadkan membeli hanya dua kampit beras putih tempatan mengandungi lima kilogram (kg) setiap kampit yang dijual pada harga RM13 sekampit.



Beras putih tempatan berjumlah empat tan habis dijual dalam tempoh satu jam.

Suri rumah, Halimah Mamat, 48, dari Kampung Sentul Patah, di sini, mengakui terlewat kira-kira 15 minit untuk membeli bekalan beras putih tempatan dijual oleh FAMA.

"Saya tiba kira-kira jam 8.30 pagi, tetapi dimaklumkan bekalan beras sudah kehabisan.

"Saya hanya mendapat maklumat FAMA ada menjual beras putih tempatan di pasar tani sebaik dimaklumkan jiran," katanya yang terpaksa pulang hampa.

Seorang lagi pengunjung, Habsah Zakaria, 45, berkata dia bernasib baik kerana dapat membeli dua kampit beras putih tempatan yang setiap satunya mengandungi lima kg.

"Ketika tiba di kanopi jualan, saya dapati beras yang dijual hanya berbaki dalam 10 kampit yang setiap satu mengandungi lima kg," katanya.

Sementara itu, Pengarah FAMA negeri, Nukman Hashim memaklumkan penjualan beras putih tempatan di pasar tani akan diteruskan tertakluk kepada bekalan dan permintaan.

Katanya, FAMA negeri menerima bekalan beras putih tempatan sebanyak 70 tan yang dihantar melalui tiga fasa.

"Pada fasa pertama, kita hanya menerima bekalan sebanyak 10 tan, fasa kedua (30 tan) dan 30 tan untuk fasa ketiga.

"Beras yang dibekalkan melalui fasa pertama dan kedua diedarkan di premis jualan FAMA iaitu di Agrobazaar Rakyat (ABR) dan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) seluruh negeri," katanya ketika dihubungi.

Nukman berkata, jualan beras putih tempatan pada harga RM26 bagi setiap 10 kg di pasar tani akan diteruskan jika memperoleh bekalan dan permintaan.


Suri rumah terpaksa berputih mata dan pulang hampa kerana gagal membeli beras putih tempatan dijual di pasar tani Kampung

https://www.bharian.com.my/berit ... beli-beras-tempatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034544 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list