CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

'Var buat keputusan betul'- Arteta

[Copy link]
Post time 12-11-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode

AKSI pemain Arsenal ketika menentang Burnley dalam aksi EPL. FOTO REUTERS

London: Kekurangan seorang pemain ketika menewaskan Burnley 3-1 menyaksikan Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta tampil lebih tenang apabila tidak mempertikaikan keputusan pengadil sekali gus mengelak daripada terbabit dalam satu lagi kontroversi VAR.

Ia selepas Arteta dilihat tidak melatah susulan layangan kad merah ke atas Fabio Vieira pada minit-minit akhir aksi Liga Perdana Inggeris selepas pemain itu mengasari Josh Brownhill yang berlangsung di Stadium Emirates.

Sebelum ini, pengurus The Gunners itu mengkritik pengadil susulan kekalahan 1-0 di Newcastle hujung minggu lalu dan beliau dijangka bakal berdepan hukuman daripada Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris.

"Untuk kad merah itu, VAR membuat keputusan yang betul. Keputusan pengadil adalah tepat. Keputusan yang baik.



"Tolong tanya saya berkenaan VAR kerana hari ini ia sangat bagus. Saya harap pujian saya terhadap pengadil keluar di televisyen," kata Arteta.

Arsenal kini menyamai kutipan mata pendahulu liga, Manchester City hasil kemenangan di laman sendiri itu.

Dalam aksi itu, Leandro Trossard, William Saliba dan Oleksandr Zinchenko mencetak nama selaku penjaring buat Arsenal manakala gol saguhati pelawat pula diraih menerusi Josh Brownhill.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... utusan-betul-arteta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048823 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list