CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2975|Reply: 0

[Selangor] 1,152 PPS tersedia untuk mangsa banjir di Selangor

[Copy link]
Post time 15-11-2023 06:03 PM | Show all posts |Read mode

Sebanyak 1,152 PPS diwartakan di Selangor.

SHAH ALAM – Sebanyak 1,152 pusat pemindahan sementara (PPS) diwartakan sebagai persediaan menghadapi bah di Selangor susulan fenomena Monsun Timur Laut (MTL) dijangka sehingga Mac depan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi berkata, pewartaan itu dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dengan PPS itu disiapkan mengikut garis panduan.

Katanya, selain itu turut dikuatkuasakan adalah pengendalian untuk mangsa yang mengalami masalah kesihatan.

“Bekalan keperluan asas semasa bencana juga dipastikan dalam keadaan baik dan mencukupi.

“Semua aset seperti pam air pelbagai jenis, stesen bagi telemetri, amaran, paras air kamera pemantauan banjir dipantau secara harian bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan bersedia,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik berkata demikian bagi menjawab soalan Michelle Ng Mei Sze (PH – Subang Jaya) berhubung kesiapsiagaan banjir.

Najwan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Bencana Selangor menjelaskan agensi seperti polis, bomba, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam keadaan bersiap siaga selain telah merangka pelan tindakan operasi semasa MTL.

Tambahnya, aset-aset yang digunakan semasa operasi mencari dan menyelamatkan telah ditempatkan di lokasi strategik seperti di pangkalan hadapan setiap daerah.

“Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) sedang merancang pembangunan satu ‘dash board’ pengurusan bencana dan sumbangan barangan keperluan lebih komprehensif meliputi inventori aset, stok bekalan bencana, PPS mangsa dan pemetaan lokasi bencana serta mobilasi petugas dan sukarelawan.

“Cadangan (guna sistem bersasar sumbangan bagi) mangsa akan diambil kira supaya tindakan sewajarnya dapat dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... banjir-di-selangor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068736 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list