CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7650|Reply: 34

Faizal Tahir Jadi Pelakon

[Copy link]
Post time 17-2-2011 08:03 AM | Show all posts |Read mode


Selepas mengukir kejayaan demi kejayaan dalam bidang nyanyian, bintang rock kesayangan ramai ini cuba terjun ke bidang lakonan pula. Walaupun pernah berkata yang dia tidak berminat untuk berlakon, tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Akur dengan kehendak semasa, Faizal Tahir akhirnya terpaksa merelakan dirinya untuk berlakon. Bukan untuk filem, telefilem atau drama, tetapi untuk video muziknya sendiri, iaitu "Karma". Lagu ini dimuatkan dalam album keduanya, 'Adrenalin'.

“Penggambaran video klip baru sahaja selesai semalam (Ahad lepas). Saya sangat puas hati dengan kerja-kerja produksi walaupun tempoh penggambaran sangat memenatkan. Video klip ini diarahkan oleh kawan baik saya sendiri dan penggambaran dijalankan sepenuhnya di Kawasan Perindustrian Glenmarie, Shah Alam.

"Memang susah hendak berlakon, sebab ia bukan minat saya. Itu cabaran yang terpaksa saya hadapi. Bagaimanapun, saya cuba lakukan yang terbaik. Saya bawa watak diri sendiri. Kalau hendak tahu sehebat mana video klip ini, jangan lupa saksikannya tidak lama lagi,” ujar Faizal yang ditemui di majlis penyampaian cek Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) di Sri Pentas pada Isnin lalu.

Bercerita tentang hadiah wang tunai RM10,000 yang dimenanginya untuk Persembahan Terbaik di AJL25, Faizal memberitahu wang itu akan dikongsi bersama barisan pemuzik dan mereka yang terlibat dalam persembahan lagu "Hanyut" tempoh hari.

Dua album baru
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 33 tahun ini rupa-rupanya sedang sibuk dengan persiapan untuk melancarkan album terbaru. Bukan satu, tetapi dua buah album.

“Jika semuanya berjalan lancar, saya akan muncul dengan dua buah album tahun ini. Satu album dengan Audi Mok dan satu album lagi saya akan berkolaborasi dengan Omar K. Mungkin ada yang terkejut apabila saya memilih Omar K, maklumlah dia terkenal dengan irama R&B dan balada, bukan genre rock.

"Apa yang boleh saya katakan, projek dengan Omar K ini memang sangat berbeza dan saya ingin melakukannya. Sudah sampai masanya untuk saya mencuba sesuatu yang di luar jangkaan.

"Saya sudah pun tulis beberapa buah lagu dan Omar sukakannya. Untuk album bersama Omar ini, saya yang akan mengawal segalanya dan Omar akan membantu saya. Kiranya album ini adalah peluang untuk saya melakukan semua kerja. Saya rasa sangat yakin sebab Audi pun sangat memberi galakkan. Dia mahu saya cuba buat sendiri.

"Saya tidak tahu bimbang atau takut sekiranya album bersama Omar K ini tidak mendapat sambutan. Mungkin juga ada yang akan kata saya ini buat album syok sendiri. Tapi saya tak kisah. Saya buat album ini untuk kepuasan diri sendiri dan saya percaya ada peminat di luar sana yang mahu mendengar sesuatu yang lain daripada saya,’ ulas Faizal panjang lebar.

sumber : http://www.gua.com.my/hiburan/be ... r_Jadi_Pelakon.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 08:40 AM | Show all posts
chaiyokkkk faizalll!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 09:26 AM | Show all posts
teruskan perubahan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 09:40 AM | Show all posts
lain dari yg lain...
itu yg penting....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 07:50 PM | Show all posts
calon utk anugerah album terbaek nxt AIM laaa nieee....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 08:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2011 02:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 18-2-2011 14:37

Faizal nak buat  kejutan lagi      
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
18/2/2011

KALI  terakhir peminat melihat Faizal Tahir, 33, beraksi lincah adalah pada Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL-25). Selepas itu penyanyi Sampai Syurga itu seakan kembali bertapa.

Tiada khabar riuh dari bintang bernama penuh Ahmad Faizal Mohammad Tahir ini sehinggalah majlis penyampaian cek kepada pemenang AJL-25 berlangsung di Sri Pentas, Damansara Utama, baru-baru ini.

Faizal hadir dengan wajah ceria dan sewaktu ditemui, penyanyi bernaung di bawah label Monkey Bone Records itu menjelaskan dia kini lebih banyak menghabiskan masa bersama famili.

“Waktu sama saya sudah ada studio sendiri di rumah.

“Jadi kebanyakan masa saya habiskan dengan mencipta lagu.

“Sudah tiga minggu AJL-25 berlalu. Sekarang saya akan kembali sibuk dan jadual juga agak ketat.

“Seperti minggu lalu saya menjalani penggambaran klip video Karma - single yang turut dimuatkan dalam album terbaru saya, Adrenalin,” katanya.

Selain itu Faizal turut bercerita mengenai projek album terbaru.

Menariknya bukan satu tetapi dua album sedang dirancang untuk dilaksanakan tahun ini.

“Kerana itu saya lebih banyak bertapa dalam studio kerana mahu memastikan album dirancang dapat dizahirkan.

“Sekarang ini mujurlah di rumah sudah ada mini studio, jadi ia membolehkan saya melakukan kerja dengan lebih terancang dan tenang,” katanya.

Menarik apabila dua album dihasilkan ini salah satunya berbeza dengan konsep pernah dihasilkan sebelum ini dan kali ini dia tidak bekerja dengan Audi Mok sebaliknya memilih komposer muda yang semakin mencipta nama, Omar K yang sebelum ini lebih dikenali dengan lagu berentak pop dan R&B.

“Sebenarnya Audi yang mencadangkan saya untuk bekerjasama dengan Omar.

“Mendengar cadangan Audi, saya menghubunginya bertanyakan sama ada dia mahu bekerjasama. Omar cukup gembira dan bersedia,” katanya.

Faizal mengharapkan dengan penjelasan itu tiada orang membuat tanggapan dia tidak lagi mahu bekerjasama de

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:46 PM | Show all posts
Beralih ke R&B
Oleh Hanisah Selamat
[email protected]
2011/02/18



Faizal Tahir luangkan waktu bersama keluarga, usaha dua album sekali gus

KE mana menghilang Faizal Tahir? Selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25, kelibat atau kisah penyanyi Selamat Malam dan Hanyut itu sudah jarang kedengaran lagi. Pertemuan selepas majlis penyerahan cek yang menyaksikannya merangkul trofi Persembahan Terbaik merungkai segala pertanyaan terbabit.

Mengenakan jaket hitam berlogo Superman - adiwira kesayangan - dipadan bersama topi dan kaca mata hitam, lelah bapa kepada tiga cahaya mata itu masih tidak dapat disembunyikan.

Seperti diakui, sebaik selesai musim pertandingan berkenaan, masanya banyak dihabiskan bersama keluarga selain berkurung di dalam studio yang dibina di kediamannya untuk menjayakan projek baru.

Katanya, bukan satu, tetapi dua album yang sedang dalam pembikinan iaitu bersama rakan segandingan yang sudah selesa bekerjasama sejak dulu, Audi Mok, selain kolaborasi dengan komposer muda, Omar K.

Apakah Faizal yang sinonim dengan pop rock mahu mengubah selera ke genre R&B?

“Inilah yang saya hajati sejak dulu. Saya mahu mencari kelainan dan mencabar diri tampil bersama sesuatu yang lain daripada album sebelum ini. Omar K yang sememangnya dikenali dengan lagu R&B begitu memancing perhatian saya. Setakat ini saya sudah menyiapkan kira-kira lima lagu dan Omar juga menyukainya.

“Jika bersama Audi Mok, dia yang yang bertindak sebagai kepala untuk mana-mana penghasilan album, dengan Omar K pula saya yang mengemudi segala-galanya.

Biarlah dikata syok sendiri kerana sudah tiba masanya saya tampilkan kelainan,” katanya yang sanggup mengeluarkan peruntukan sendiri, demi mencari kepuasan maksimum.

Biarpun dua produk dalam perhatian, tidak bermakna penyanyi yang sudah mencecah 33 tahun itu melebihkan projek khas kerana kedua-duanya sama penting demi kesinambungan kerjaya seninya.

Enggan meletakkan sebarang tarikh, akui Faizal lagi, ia akan diedarkan di pasaran secara satu persatu. Namun yang pasti kedua-duanya diharap dapat dikongsi bersama khalayak pada tahun ini.

“Perancangan sudah lama diatur sebenarnya, jadi saya mahu hasilnya nanti memenuhi kepuasan diri dan pendengar. Apa yang pasti, album bersama Omar K bukan berbentuk percubaan, sebaliknya keinginan yang dipendam sejak dulu lagi. Sama ada berjaya menambat selera ramai, terpulang kepada peminat,” katanya lagi dengan penuh semangat.

Berlakon bukan kerja mudah

DALAM kesibukan menghasilkan lagu dan menjalankan proses terakhir bagi albumnya dengan Audi, Faizal sempat menyelesaikan penggambaran video muzik bagi lagu Karma yang juga dipetik daripada album kedua, Adrenalin.

Sekali pun mengakui agak kekok untuk berlakon, demi peminat dia menggagahkan diri muncul dalam klip terbabit yang mengambil lokasi di Glenmarie, Shah Alam.

“Bukan senang berlakon, apatah lagi ia bukan jiwa saya. Apa pun saya beri sehabis baik untuk menghidupkan lagu Karma. Inilah yang dinamakan cabaran. Walaupun janggal dan memenatkan, kami mampu menyelesaikannya hasil kerjasama semua yang terbabit.

“Nampak mudah sebab saya menjadi diri sendiri, tetapi apabila berada di hadapan kamera untuk berlakon, ia tidak semudah disangkakan. Setakat ini saya sendiri berpuashati dengan hasilnya. Penat lelah kami memang berbaloi,” ceritanya lagi.

Melihat semula pencapaian bintang muda kesayangan ramai itu dalam tempoh empat tahun berada di persada seni, laluannya tampak mudah malah satu persatu anugerah diraih termasuk merangkul Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik di AJL ke-23.

Gandingan Faizal dan Audi yang bermula sejak pentas AJL ke-22 nyata membuahkan hasil. Malah katanya bersama Audi, dia banyak belajar perkara baru, terutama mengenai gubahan dendangan dan penghasilan album lain daripada yang lain.

Tidak hairan, popularitinya terus bertahan hingga kini apabila berada semula dalam senarai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bakal tiba di kemuncaknya April nanti menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular bersaing dengan Aizat, Anuar Zain, Black dan Shahir.

“Secara peribadi saya bersyukur mempunyai kelompok penyokong yang setia hingga kini. Tahun lalu saya tidak mempunyai produk baru dan kali ini mereka masih tidak jemu mengundi dan memberikan sokongan padu. Sebagai insan biasa, saya cukup terharu.

“Barangkali agak klise jika saya katakan tidak mahu menaruh sebarang harapan. Sudah adat dalam setiap pertandingan, pasti ada kalah dan menang. Anugerah ini bersandarkan undian peminat, saya hanya berserah kerana setiap calon punya kelompok peminat sendiri,” katanya.

PROFIL

Nama: Ahmad Faizal Mohd Tahir
Tarikh lahir: 26 Oktober 1978
Nama Isteri: Siti Raihanim Noran
Hobi: Bermain alat muzik , menyanyi
Personaliti: Aktif, suka berkawan
Album: Aku.Muzik.Kamu dan Adrenalin
Pencapaian:
- Artis Baru Terbaik AIM ke-15
- Persembahan Vokal Lelaki Terbaik AIM ke-15
- Album Rock Terbaik AIM ke-15
- Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Juara kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-23


** adoih.. wartawan ni.. tajuk tu x brp betul la... dia bukan beralih ke R&B la... tetap rock... cam audi bknnya rock tp bila bergabung dgn FT, meletup... cam tu gak la dgn Omar K nnti. InsyaAllah.....  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2011 07:38 PM | Show all posts
artikel yg menarik.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 11:04 PM | Show all posts
chaiyok chaiyok ft....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 12:59 PM | Show all posts
sabar menunggu... buat laa konsert!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:31 PM | Show all posts
woww... 2 album.....terujaaaa sungguhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:45 PM | Show all posts
biasalah mana2 penyanyi menyanyi masa muda2, bila tua sikit jadi pelakon dan teater atau buat bisnes, x boleh harap pada nyanyian saja,
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 04:23 PM | Show all posts
go ft! tak sabar tunggu album baru FT
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 06:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 6-3-2011 18:18

drp twitter ApaSajaFBI

Artis jemputan episod hijrah artis faizal tahir dan ziela jalil manakala episod cerita seram sabrina ali dan misha omar.
about 1 hour ago via Twitter for iPhone

rakaman selasa ni 8hb mac di studio 2 ntv7 dr pkl 4 ptg smpi 11 mlm. rasa2nya yg time FT pnya (episod hijrah) tu pkl 8 mlm. tp kt page Apa Saja FBI blm ada apa2 update lagi...

dh agak dh mesti FBI jemput FT pnya la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 06:15 PM | Show all posts
haha... mana pulak amoi yang defeat dia masa OIAM dulu tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2011 07:24 PM | Show all posts
drp twitter ApaSajaFBI

Artis jemputan episod hijrah artis faizal tahir dan ziela jalil manakala e ...
sicomel Post at 6-3-2011 18:14


besh frenz laaa katakan...
harussss tungggu dpn tibi nnt nieeeeeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 08:09 PM | Show all posts
yeah..nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 11:52 AM | Show all posts
alamak.... hari apa citer FBI tu erk??? hari& pukul bpe??? slalu terlepas la ko tv9... hukhukhuk...

btw, jgn lupe vote FT for ABPH... rockerstein!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2011 12:17 PM | Show all posts
alamak.... hari apa citer FBI tu erk??? hari& pukul bpe??? slalu terlepas la ko tv9... hukhukhuk...: ...
gurlgals Post at 7-3-2011 11:52


setiap jumaat jam 830 mlm....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.212511 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list