View: 2029|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Anak wanita Kemboja cabar pihak hina ibunya
[Copy link]
|
|
Lelaki yang mendakwa dirinya anak Makcik Kemboja.
Kuala Lumpur: "Yang kau hina tu mak aku!" tegas seorang lelaki yang mendakwanya adalah anak kepada wanita Kemboja yang mencetuskan kontroversi selepas rakaman videonya mendakwa Melayu malas tular di media sosial.
Video yang tular di aplikasi TikTok itu memaparkan lelaki berkenaan sedang marah disebabkan kecaman diterima ibunya.
Menerusi video itu, lelaki terbabit mengajak pihak yang menghina ibunya itu bersemuka dengannya di kilang.
"Aku cabar kau, daripada kau 'menyalak' macam * di TikTok, aku cabar kau, kau 'face' (berdepan) aku di kilang ni.
"Yang kau hina tu mak aku. Kalau setakat 'menyalak' macam * ni anak Makcik Kemboja di sini. Aku dah tak takut pada kau. Aku memang tak pernah takut pada kau," katanya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan 'kau' itu ditujukan kepada siapa.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat menunjukkan seorang wanita yang mengaku berasal Kemboja tetapi sudah lama bermastautin di negara ini ketika mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.
Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan.
Susulan kecaman diterima, wanita itu memuat naik rakaman video permohonan maaf, dipercayai ditujukan kepada Tunku Makhota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim semalam.
Dalam video berdurasi satu minit dua saat itu, wanita berkenaan yang memaklumkan nama dan syarikat diusahakannya, menjelaskan yang dia sedih dipercayai kerana menjadi mangsa kecaman warganet selain mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana dapat bermastautin dan berniaga di Johor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-pihak-hina-ibunya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|