View: 1039|Reply: 0
|
[Selangor]
Ingatkan kena 'scam', rupanya betul-betul menang Perodua Alza
[Copy link]
|
|
NORHAZILAH di sisi kereta yang dimenanginya sempena Sambutan Ulang Tahun ke-55 Kumpulan The Store. FOTO Hazreen Mohamad
Petaling Jaya: "Pada mulanya agak ragu-ragu sebab ingatkan 'scammer' sehinggalah saya menerima panggilan telefon berulang kali daripada The Store dan Perodua, baru saya percaya," kata Norhazilah Harun, 46.
Norhazilah adalah pemenang utama Perodua Alza 1500X (CVT) bagi peraduan 'Beli dan Menang' The Store, sempena Sambutan Ulang Tahun ke-55 Kumpulan The Store.
Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, kemenangan itu 'bagaikan mimpi' dan menganggapnya ia rezeki buat keluarganya.
"Ini rezeki Allah SWT dan saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada The Store," kata ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Hadiah Ulang Tahun ke-55 Kumpulan The Store, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan The Store Yap Choon Meng berkata, peraduan yang berlangsung bermula 26 Mei sehingga 17 September lalu itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000.
"Selain tiga pemenang utama, 10 pemenang bertuah menerima hadiah sagu hati bernilai RM500," katanya.
Selain Norhazilah, dua lagi pemenang utama yang memenangi kereta Perodua Axia 1000G (CVT) ialah Kee Sok Chin, 48, dan Toh Ai Ping, 42.
Kumpulan The Store memiliki lebih 50 cawangan termasuk Gedung Serbaneka Pacific, Pasaraya Superjimat dan Pasaraya Milimewa di Sabah.
CHOON Meng (tiga kiri) bergambar bersama pemenang 'Beli dan Menang' The Store. FOTO Hazreen Mohamad
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... menang-perodua-alza |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|