CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5641|Reply: 0

Selangor benam Perak

[Copy link]
Post time 25-11-2023 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Selangor benam Perak


Pemain Selangor FC Shahrul Nazeem Zulpakar (dua, kanan) meraikan jaringannya pada perlawanan menentang Perak FC dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium MBPJ Kelana Jaya hari ini. - Bernama


KUALA LUMPUR: Pertembungan 'El-Clasico Malaya' dimenangi Selangor FC (SFC) selepas membelasah Perak FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe terus mengukuhkan tempat di kedudukan kedua Liga Super dengan 55 mata, lima mata di hadapan Kedah Darul Aman (KDA FC) yang akan turun berdepan Kelantan FC, malam esok.

Keputusan ini juga menyaksikan SFC melakar kemenangan berganda ke atas 'The Bos Gaurus' selepas turut menewaskan lawan sama 4-0 pada aksi pertama di Stadium Perak, Mei lalu.


Pemain Perak, Jesper Gunnar Fernando (kiri) mengasak pemain Selangor, Mohamad Faisal Abd Halim dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. NSTP/ASWADI ALIAS


Pada aksi terbabit, hanya tiga minit diperlukan untuk menggamatkan penyokong tuan rumah apabila sepakan sudut Yohandry Orozco disudahkan Sharul Nazeem Zulpakar untuk gol pembukaan SFC.

SFC beroleh peluang keemasan untuk melebarkan jurang pada minit ke-14 apabila melancarkan serangan balas pantas namun percubaan Alex Agyarkwa dalam situasi satu lawan satu gagal menewaskan T Shaheeswaran.

Perak FC kendalian Yusri Che Lah perlahan-lahan mendapatkan rentak untuk mengancam kubu SFC bagi mencari gol penyamaan dan peluang menerusi sepakan percuma Luciano Guaycochea pada minit ke-22 memaksa Sam Sommerville 'terbang' untuk menyelamatkan gawangnya.

Selepas beberapa kali dikecewakan Shaheeswaran, penjaga gol Perak FC itu akhirnya 'bocor' buat kali kedua menerusi penyudah Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-34.


Pemain Selangor, Muhamad Mukhairi Ajmal Mahadi meraikan jaringannya ketika menentang Perak pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. NSTP/ASWADI ALIAS


Bersambung babak kedua, SFC yang rancak untuk mendapatkan gol ketiga terpaksa menunggu sehingga minit ke-72 untuk menewaskan Shaheeswaran hasil rembatan deras Orozco pada minit ke-72.

Ayron del Valle yang beberapa kali terlepas peluang menjaringkan gol akhirnya mendapat gol yang didambakan pada minit ke-80 untuk meletakkan SFC menang bergaya 4-0.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... elangor-benam-perak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.060986 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list