CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 439|Reply: 0

EPL: Manchester United mahu padam ‘api’ Everton

[Copy link]
Post time 26-11-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode

UNITED pastinya enggan rekod empat kemenangan daripada lima perlawanan sebelum ini dirosakkan oleh Everton. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag sedar bahawa para pemainnya bakal berdepan sebuah pasukan dan penyokong yang sedang membuak-buak kemarahannya apabila berdepan Everton di Goodison Park tengah malam ini.

Everton berdepan hukuman pemotongan 10 mata ekoran melanggar peraturan kewangan menyebabkan mereka terperosok di kedudukan ke-19 Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini menyebabkan mereka dijangka turun dengan motivasi luar biasa.

Situasi itu menyebabkan Ten Hag memberi amaran kepada seluruh pasukannya untuk membuat persediaan yang benar-benar rapi bagi menghadapi situasi berkenaan supaya mereka mampu memadam ‘api’ kemarahan tersebut.

“Saya dapat melihat kemarahan yang sedang mereka tanggung, namun pada akhirnya semua adalah mengenai kami. United perlu pastikan api kemarahan mereka tidak mampu mengatasi api keinginan kami untuk menang,” katanya.

United akan turun dengan reputasi memenangi empat daripada lima aksi terakhir EPL dan lebih melegakan, Ten Hag juga mungkin kembali mendapatkan khidmat pemain pertahanan kiri, Luke Shaw yang diketepikan sejak Ogos akibat kecederaan otot.

Selain itu, penjaga gol utama, Andre Onana juga disahkan cergas untuk kembali mengawal gawang United, namun status penggempur utama, Rasmus Hojlund belum diputuskan sama ada mampu untuk beraksi atau sebaliknya.

“Untuk tempoh yang agak lama kami kehilangan khidmat pemain pertahanan kiri yang tulen. Jadi, berita mengenai tahap kecergasan Shaw sangat menggembirakan. Dia mampu untuk membuatkan benteng kami lebih stabil,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengendali dari Belanda itu turut menafikan khabar angin mengenai hubungannya yang keruh dengan pemain pertahanan tengah, Raphael Varane sambil menganggap pemain itu masih tonggak penting pasukan.

Jelasnya, pemilihan pemain yang dilakukan ketika ini adalah bergantung kepada prestasi semasa pemain dalam sesi latihan apabila beliau perlu mengutamakan pemain yang benar-benar bersedia untuk diturunkan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -padam-api-everton/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.117204 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list