CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 0

[Selangor] Peniaga rugi air balang tak laku di musim hujan

[Copy link]
Post time 26-11-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG peniaga air balang setia menanti kehadiran pelanggan biarpun berniaga pada musim hujan di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Peniaga air balang di sekitar Lembang Klang mengakui perniagaan mereka terjejas teruk kerana kekurangan pembeli berikutan musim hujan yang melanda pada masa ini.
Rata-rata mereka mengatakan terpaksa menanggung kerugian jualan sebanyak 50 peratus berbanding ketika cuaca baik sebelum ini.

Seorang peniaga air balang di kawasan Masjid Jamek, Kuala Lumpur, Laila Suriaty Mohd. Nor, 46, berkata, sebelum ini dia boleh menjual sehingga 15 balang sehari, tetapi kini hanya dapat menghabiskan lima ­balang sahaja.

“Keadaan ini memberi ‘tamparan’ hebat kepada bisnes memandangkan harga barangan keperluan meningkat pada masa ini.

“Kami memang terkesan ­sangat. Sebagai peniaga air ­balang, kami sangat bergantung pada cuaca. Kebiasaannya, jika air balang tidak habis dijual, ia akan dibuang.

“Keesokan harinya, kami terpaksa keluarkan duit sendiri untuk membeli barang modal. Itu yang membuatkan kami bertambah rugi,” kongsinya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambahnya, dia kini mempromosikan lebihan jualan yang tidak habis di media sosial terutama di Facebook sebagai inisiatif menghabiskan jualannya.

Seorang lagi peniaga air ­balang di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 50, mengambil langkah mengurangkan jumlah jualan sebagai langkah meminimumkan kerugian ketika musim hujan.

“Ketika musim hujan seperti sekarang, kami kurangkan kadar air balang kepada separuh dan bancuh lagi jika ia habis.

“Kadang-kadang, jika air yang dijual tidak habis, kami terpaksa mengurangkan harganya hanya untuk menjual habis jualan pada hari berkenaan,” katanya.

Menurutnya, biarpun berhadapan dengan situasi sukar ketika ini, namun dia tetap ­bersyukur dan reda dengan apa yang berlaku.

Seorang peniaga air balang di Shah Alam, Selangor, Safiah Mohd Yusof, 39, pula berkata, dia bersyukur kerana menerima bantuan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membantu peniaga kecil sepertinya ketika jualannya berkurangan ketika ini.

“Sekarang musim hujan, tiada apa yang saya dan suami boleh harap.

“Itupun nasib baik saya dan suami menerima bantuan FAMA Selangor untuk membantu peniaga kecil seperti saya.

“Kalau hendak harapkan perniagaan air balang pada ketika ini, memang tidak cukuplah,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... aku-di-musim-hujan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060414 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list