CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2291|Reply: 0

Ramsdale ada keberanian - Arteta

[Copy link]
Post time 26-11-2023 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale (kiri) melompat untuk menyelamatkan bola pada aksi Liga Perdana Inggeris berdepan Brentford di Stadium Komuniti Gtech, London awal pagi tadi. – Foto AFP

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata penjaga gol Aaron Ramsdale mempamerkan keberanian sesudah terselamat daripada dua kesilapan pada babak pertama ketika kemenangan 1-0 pasukan itu di Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Kai Havertz mencuri tumpuan dengan tandukan kemenangan lewat aksi untuk melonjak Arsenal ke tangga teratas liga tetapi Ramsdale, yang beraksi dalam kesebelasan utama kali pertama dalam liga sejak September lalu, menjadi perbualan hangat pada perlawanan itu.

Ramsdale yang hanya memanaskan bangku pemain simpanan susulan ketibaan David Raya secara pinjaman dari Brentford, diberi peluang untuk beraksi selepas Raya tertakluk kepada kontrak pinjaman namun dia hampir merosakkan penampilan semulanya dengan kesilapan tidak sepatutnya.

Dia terperangkap dalam kawasannya sendiri namun percubaan Bryan Mbeumo susulan insiden itu berjaya dikeluarkan di atas garisan gol oleh Declan Rice.



Kemudian dia secara tidak sengaja membaling bola ke padang ketika dia cuba mengumpannya ke arah penyerang.



Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech, London awal pagi tadi. – Foto AFP

Ramsdale kemudian memulihkan ketenangannya pada separuh masa kedua tetapi persembahannya mungkin tidak meyakinkan Arteta sekalipun jurulatih dari Sepanyol itu mempertahankannya.

"Keberanian. Dia mempunyai keberanian dan personaliti besar dan itulah yang kami perlukan," kata Arteta kepada wartawan.

"Inilah bola sepak. Saya amat gembira dengan pasukan. Cara pasukan beraksi dengan tidak dibolosi sebarang gol."

Arsenal mengumpul 30 mata berbanding 29 dimiliki juara bertahan Manchester City dengan Liverpool di tangga ketiga 28 mata.

Lebih mengujakan, ia adalah perlawanan ke-200 kendalian Arteta di Emirates. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-keberanian-arteta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.041914 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list