View: 706|Reply: 0
|
Gol luar biasa Garnacho tambah derita Everton
[Copy link]
|
|
Liverpool: Manchester United menambah derita Everton ketika gol menakjubkan Alejandro Garnacho membantu Red Devils menang 3-0 yang menyebabkan Toffees berada di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.
Ia adalah perlawanan pertama Everton sejak di potongan 10 mata kerana melanggar peraturan kewangan disambut dengan tindak balas protes penyokong di Goodison Park apabila mengangkat beribu-ribu sepanduk yang melabel Liga Perdana "rasuah."
Ketika perlawanan baru berlangsung tiga minit Garnacho melakukan sepakan akrobatik dengan menyambut hantaran silang Diogo Dalot, merembat bola masuk ke penjuru gol melepasi penjaga gol Jordan Pickford dan menjadi salah satu gol Liga Perdana yang hebat.
"Saya tidak percaya. Sejujurnya saya hanya berpaling dan mendengar 'ya Tuhanku'," kata Garnacho.
Detik keajaiban itu tidak setanding dengan prestasi United yang lain, tetapi sepakan penalti Marcus Rashford dan gol Anthony Martial memastikan anak buah Erik ten Hag kini memenangi lima daripada enam perlawanan liga terakhir mereka.
"Ia adalah gol yang hebat. (Musim) masih banyak perlawanan untuk dimainkan tetapi mungkin ia adakan menjadi gol utama musim ini," kata Ten Hag.
"Kami tahu sebelum ini ia akan menjadi sukar tetapi kami menikmati cabaran itu."
United naik ke tangga keenam dalam carta dan enam mata di belakang pendahulu Arsenal walaupun berdepan musim bermasalah.
Pelawat terpaksa berdepan dengan suasana sukar apabila penyokong Everton meluahkan kekecewaan mereka terhadap pihak berkuasa kerana dikenakan sekatan sukan paling teruk dalam sejarah Liga Perdana.
Selepas dua musim bertarung dengan penyingkiran, anak buah Sean Dyche nampaknya berjaya mengelak daripada masalah berikutan prestasi cemerlang baru-baru ini.
Tetapi mereka kini berada di tangga tercorot hanya dengan perbezaan gol dan ketinggalan lima mata untuk berada di zon selamat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mbah-derita-everton |
|
|
|
|
|
|
| |
|