CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

Spurs kalah kali ketiga berturut-turut

[Copy link]
Post time 27-11-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode

Penjaga gol Tottenham, Guglielmo Vicario gagal menahan percubaan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins daripada menembusi gawangnya pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London lewat malam tadi. – Foto REUTERS

LONDON: Tottenham Hotspur mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka tumpas 2-1 kepada Aston Villa di laman sendiri pada aksi dipenuhi banyak peluang lewat malam tadi.

Kemenangan pertama Villa di gelanggang lawan dalam tempoh dua bulan menyaksikan mereka merampas kedudukan Tottenham di tangga keempat liga.

Tuan rumah berhak mendahului menerusi gol Giovani Lo Celso yang terbias pada minit ke-22 dan sepatutnya mendahului selesa sebelum Pau Torres menyamakan kedudukan menerusi tandukan padu pada masa kecederaan babak pertama.

Peluang banyak menyusul buat kedua-dua pasukan selepas rehat namun Villa mendahului menerusi penyudah baik Ollie Watkins selepas sejam apabila penyerang England itu menyempurnakan hantaran Youri Tielemans.


Penjaga gol Villa, Emiliano Martinez melakukan dua tindakan penyelamat hebat, Ben Davies menanduk peluang keemasan melepasi palang dan percubaan Pedro Porro terkena tiang gol buat tuan rumah yang turut menerima tamparan apabila Rodrigo Bentancur cedera pada babak pertama.



Pemain tengah Tottenham, Giovani Lo Celso (kiri) meledak gol pertama pasukannya ketika menentang Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London lewat malam tadi. – Foto REUTERS

Villa kendalian Unai Emery kini mengumpul 28 mata daripada 13 perlawanan, ketinggalan di belakang Liverpool menerusi perbezaan jaringan dan hanya dua mata di belakang pendahulu Arsenal.

Spurs tidak kalah dalam 10 perlawanan pertama EPL di bawah bimbingan pengurus baharu Ange Postecoglou sebelum ia dirobek Chelsea yang menang 4-1 di Stadium Tottenham Hotspur.

Mereka kini merudum ke tangga kelima dengan 26 mata dan berdepan juara bertahan Manchester City hujung minggu ini di gelanggang lawan.

Tottenham yang berdepan krisis kecederaan muncul pasukan pertama sejak Leicester City pada tahun 2014 kalah tiga perlawanan EPL berturut-turut sekalipun mendahului 1-0, sesudah berada di depan pada aksi menentang Chelsea dan Wolverhampton Wanderers.

"Satu keputusan yang sukar tetapi saya tetap gembira dengan cara pemain saya beraksi," kata Postecoglou.

"Saya amat bangga dengan mereka, saya fikir kami bermain bola sepak yang fantastik dan pada hari lain kami pasti menang dengan selesa. Tiada kekecewaan. Kami beraksi bagus dan sebagai pengurus itulah yang anda boleh minta." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... tiga-berturut-turut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051180 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list