CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3790|Reply: 0

EPL: Ten Hag rimas aksi santai Manchester United

[Copy link]
Post time 28-11-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode

UNITED mencatat kemenangan selesa selepas membenam Everton 3-0 pada aksi di Goodison Park awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Biarpun berjaya meraih kemenangan selesa selepas mengatasi Everton 3-0 awal pagi semalam di Goodison Park, pengendali Manchester United, Erik Ten Hag masih belum berpuas hati dan mengkritik barisan pemainnya terutama aksi pada babak pertama.

Menurutnya, kejayaan meledak gol awal menerusi jaringan akrobatik Alejandro Garnacho pada minit ketujuh menyaksikan para pemain United sedikit leka dan menyangka mereka sudah berada dalam keadaan selesa.

“Selepas gol pertama itu, kami menjadi terlalu santai, saya mengkritik aksi pasukan ini pada babak pertama. Kami menyangka, kami sudah mampu menang sedangkan ia tidak patut berlaku.

“Anda mempunyai 100 minit untuk beraksi di padang, perasaan seperti itu tidak boleh ada pada pemain. Namun, kami kembali melakukan dengan baik pada separuh masa kedua,” katanya.

Tambahnya, selain kemenangan apa yang membuatkannya gembira adalah tiga jaringan yang dihasilkan adalah menerusi pemain penyerang pasukan itu apabila Marcus Rashford menyempurnakan sepakan penalti dan Anthony Martial melengkapkan malam cemerlang itu.

“Tiga pemain serangan kami berjaya meledak gol. Inilah yang kami inginkan, ia akan membantu kami sebagai satu pasukan.

“Kemenangan ini memberikan kami keyakinan. Kapten, Bruno Fernandes melakukan tugas dengan baik memberikan sepakan penalti kepada Rashford untuk dia meningkatkan keyakinan. Ini adalah langkah pertama kami dan United akan terus melangkah,” jelasnya.

Ten Hag turut memuji jaringan menarik dihasilkan oleh Garnacho sambil mengakui ia adalah kesungguhan dan kerjasama oleh semua pemain untuk menghasilkan jaringan tersebut. – AFP
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -manchester-united/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.040759 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list