View: 1879|Reply: 0
|
United di ambang penyingkiran
[Copy link]
|
|
PEMAIN United kecewa selepas hanya mencatat keputusan seri ketika menentang Galatasaray. FOTO AFP
Paris: Manchester United berdepan penyingkiran Liga Juara-Juara dalam peringkat kumpulan selepas mensia-siakan kelebihan dua gol untuk seri 3-3 dengan Galatasaray di Istanbul.
Juara Eropah tiga kali United memerlukan kemenangan di Turkiye, menentang lawan yang menewaskan mereka di Old Trafford bulan lalu, untuk memastikan mereka berpeluang mara ke pusingan kalah mati.
Skuad kendalian Erik ten Hag tampil dengan meyakinkan di awal saingan selepas meledak jaringan pembukaan menerusi Alejandro Garnacho disusuli dengan gol menakjubkan Bruno Fernandes pada minit ke-18.
Hakim Ziyech membalas dengan meledakkan gol melalui sepakan percuma, sebelum Scott McTominay memulihkan kelebihan dua gol pelawat pada awal separuh masa kedua.
Bagaimanapun, Galatasaray sekali lagi bangkit apabila memperoleh jaringan juga melalui sepakan percuma Ziyech selepas penjaga gol United, Andre Onana tertampan bola masuk ke gawang sendiri dan tuan rumah menyamakan kedudukan hasil gol cemerlang Kerem Akturkoglu pada minit ke-71.
United kini bolos 14 gol dalam lima perlawanan peringkat Eropah dan meninggalkan pasukan Liga Perdana Inggeris itu di tangga tercorot Kumpulan A dengan baki satu perlawanan.
Bagi menghidupkan peluang, mereka kini mesti menewaskan Bayern di laman sendiri bulan depan dan berharap Copenhagen dan Galatasaray seri.
"Kami menuju ke arah yang betul jadi saya tahu kami akan berjaya dalam jangka panjang tetapi jika anda mahu kekal dalam Liga Juara-Juara anda perlu memenangi perlawanan ini," kata Ten Hag.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ambang-penyingkiran |
|
|
|
|
|
|
| |
|