CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3900|Reply: 0

[Selangor] Kad NUTP Medicare untuk perlindungan guru

[Copy link]
Post time 30-11-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang (dua dari kiri) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Shamsul Azman (dua dari kanan) melancarkan Skim Insurans Takaful Zurich NUTP Medicare di Marhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. FOTO FAIZ ANUAR

Shah Alam: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini melancarkan kad perubatan NUTP Medicare buat guru di seluruh negara.

Inisiatif itu bukan sekadar menjaga kebajikan guru sehingga selepas bersara, sebaliknya membantu mengurangkan bebanan kos perubatan yang ditanggung kerajaan.

Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata, menerusi NUTP Medicare, lebih 400,000 guru berpeluang mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan pelan perubatan menawarkan perlindungan yang komprehensif.

Katanya, ia dilaksana dengan kerjasama dengan Zurich General Takaful Malaysia Berhad dan Medicare Extra Sdn Bhd.



"Usaha (mewujudkan perlindungan takaful) ini dapat mengurangkan kepadatan di hospital kerajaan serta dapat bantu pesakit kurang berkemampuan yang lebih memerlukan, mendapatkan rawatan.

"Secara tidak langsung kita (guru-guru) dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan di hospital kerajaan.

"Sebagai contoh, 1,000 pesakit hospital kerajaan kena tanggung... jika 300 daripada jumlah itu adalah guru dan mereka ke hospital swasta, pastinya dapat jimatkan kos kerajaan," katanya pada sidang media selepas pelancaran Kad Perubatan NUTP Medicare di sini hari ini.

Aminuddin berkata, pihaknya mendapati tahap kesedaran penjawat awam termasuk guru untuk memiliki perlindungan takaful masih rendah walaupun pelbagai program kesedaran dilaksana.

"Pengenalan kad perubatan NUTP Medicare adalah langkah tepat kerana kadar sumbangan yang dikenakan adalah rendah dan mampu dimiliki, manakala nilai perlindungan tetap komprehensif," katanya yang memberitahu kemudahan itu membabitkan lebih 160 panel hospital swasta seluruh negara.

Menurutnya, NUTP Medicara menawarkan empat jenis pelan dengan had tahunan antara RM100,000 hingga RM200,000, manakala kadar sumbangan tetap bermula serendah RM70 sebulan bagi pelan individu dan RM180 sebulan bagi pelan keluarga.

Ditanya penyakit yang kebanyakan guru hadapi, Aminuddin berkata, berdasarkan data sumbangan Tabung Kebajikan NUTP, didapati ramai guru menghidap kanser dan jantung.

Katanya, tabung itu memberi sumbangan RM2,000 kepada ahlinya yang menghidap penyakit kritikal.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-perlindungan-guru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.395268 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list