CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6223|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] SOP tanaman bawang merah hingga 3 musim setahun dibangunkan

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membangunkan prosedur operasi standard (SOP) penanaman bawang merah tempatan dua atau tiga musim setahun melalui inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, berkata SOP penghasilan benih dan pengeluaran bawang merah telah lengkap dibangunkan sebagai garis panduan kepada usahawan tani bagi memastikan pengeluaran berdaya maju dan menjana keuntungan.

"SOP ini merangkumi penyediaan ladang, penyediaan benih, penanaman dan penuaian. Melalui SOP tersebut sehektar tanah boleh ditanam sehingga 250,000 pokok yang mampu menghasilkan hingga enam tan bawang.

"Tanaman bawang merah hanya memerlukan 60 sehingga 75 hari semusim, bawang merah akan dikeringkan terus di bawah cahaya matahari atau di rumah pengeringan (secara dalaman) dengan suhu 30 sehingga 32 darjah Celius dan RH 65 hingga 70 peratus selama tiga ke tujuh hari.



"Bawang merah sesuai disimpan di dalam bilik penyimpanan pada suhu persekitaran 26 sehingga 28 darjah Celsius. Tempoh hayat simpanan bawang merah adalah sekitar tiga ke lima bulan," katanya.

Beliau berkata, MARDI akan turut membantu usahawan tani untuk mempercepatkan pertumbuhan pokok dan meningkatkan hasil pertanian melalui pembajaan dan peracunan yang sistematik.

"Pembajaan boleh dilakukan menggunakan baja NPK Hijau (15:15:15) dengan kadar 800 kilogram (kg) per hektar sebanyak dua kali semusim disamping baja semburan lima kali satu musim.

"Bagi aspek perosak dan penyakit, pengaplikasian racun hanya dilaksanakan apabila perlu. Penyakit yang sering menyerang tanaman bawang merah adalah antraknos yang mudah dikawal dengan racun yang terdiri daripada bahan aktif Propiconazole, Tebuconazole atau Benomil.

"Manakala untuk pengawalan perosak racun perosak, bahan aktif Abamectin atau Emamectin benzoate sesuai digunakan," katanya.

Mohamad Zabawi berkata, MARDI mengeluarkan biji benih bawang dalam persekitaran terkawal untuk mencapai objektif penghasilan benih tulen.

"Persekitaran terkawal diperlukan bagi menjamin pengeluaran benih yang bernas dan berkualiti untuk pengeluaran bawang di ladang.

"Fasiliti kilang tanaman kontena dengan pencahayaan LED dan persekitaran terkawal digunakan untuk penghasilan SOP pengeluaran biji benih bawang," katanya.

Katanya MARDI sedang giat menyediakan benih asas bawang merah berskala besar bersama usahawan pengeluar yang dilantik untuk keperluan penanaman bawang segar tempatan.

"Sebagai langkah awal pengkomersilan pengeluaran bawang merah, peluasan tanaman benih asas bawang merah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini dan tahun hadapan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

"Anggaran hasil benih dijangka mencapai 16,000 kg setahun. Usahawan yang dilantik akan diberi bimbingan teknikal melalui kursus dan latihan serta dibekalkan dengan benih bawang secara percuma untuk musim pertama pengeluaran," katanya.

Benih yang dihasilkan akan dibeli semula oleh MARDI bagi meluaskan kawasan pengeluaran benih baru dan untuk digunakan oleh usahawan untuk mengeluarkan bawang segar tempatan.

"Ladang pengeluaran benih bawang oleh usahawan akan menjadi tapak kekal pengeluaran benih bawang negara dan akan dipantau dan diberi bimbingan secara berterusan oleh MARDI," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... setahun-dibangunkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.224951 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list