View: 1609|Reply: 0
|
7 bergaduh di Stadium MBPJ didakwa esok
[Copy link]
|
|
7 bergaduh di Stadium MBPJ didakwa esok
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Petaling Jaya: Tujuh individu yang terbabit pergaduhan di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya membabitkan penyokong tuan rumah, Selangor FC bersama penyokong Perak FC akan didakwa esok.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tujuh orang terbabit akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya esok selepas mendapat arahan pertuduhan dari Timbalan Pendakwa Raya.
Menurutnya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Terdahulu Arena Metro melaporkan berlaku isu pergaduhan di luar stadium membabitkan penyokong tuan rumah, Selangor FC bersama penyokong Perak FC sehingga ada penyokong yang mengalami kecederaan di muka.
Melalui video dan gambar tersebar di media sosial, kelihatan beberapa penyokong menerima rawatan di kepala akibat pergaduhan itu dan penyokong Perak FC turut tidak dibenarkan keluar dari stadium untuk keselamatan semua orang selamat.
Susulan itu, polis menahan seramai 23 individu berusia antara 16 hingga 36 tahun dipercayai mencederakan beberapa penyokong Sabtu lalu.
Semakan mendapati empat daripadanya memiliki pelbagai rekod jenayah lampau selain beberapa individu didapati positif dadah menerusi saringan air kencing yang dijalankan.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-mbpj-didakwa-esok
|
|
|
|
|
|
|
| |
|