View: 7861|Reply: 0
|
Onana penjaga gol kedua terbaik Liga Perdana
[Copy link]
|
|
ONANA dikatakan melakukan kesilapan ketika menentang Galatasaray. -FOTO AFP
London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata, penjaga gol Andre Onana ialah penjaga gol kedua terbaik Liga Perdana "berdasarkan statistik".
Onana, 27, dipersalahkan untuk dua gol ketika mereka bertemu Galatasaray yang menyaksikan keputusan seri 3-3 dalam aksi Liga Juara-Juara sekali gus merencatkan peluang mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.
Bagaimanapun, pemain Cameroon itu mencatatkan rekod bersih terbanyak dalam Liga Perdana musim ini dengan lima.
Onana juga menghalang 3.67 gol, iaitu kedua terbanyak dalam liga.
Thomas Kaminski dari Luton Town mendahului Onanan dengan 6.3 gol.
Pengiraan berkenaan dilakukan oleh Opta, dengan gol sebenar yang dibolosi dikurangkan daripada jumlah gol yang tepat ke sasaran (xGOT) mengira kualiti peluang untuk lawan dan percubaan gol.
Mempertahankan penjaga golnya, Ten Hag berkata: "Jika anda menganalisisnya dengan baik maka anda melihat dia adalah penjaga gol kedua terbaik dalam Liga Perdana berdasarkan statistik, jadi gol yang berjaya dipertahankan adalah yang kedua terbaik dalam Liga Perdana."
Pasukan Ten Hag akan menentang Newcastle United dalam Liga Perdana pada awal pagi esok berkata mengenai Onana: "Dia bermain dengan baik. Juga dia tahu bahawa dalam Liga Juara-Juara dia melakukan beberapa kesilapan, tetapi secara keseluruhannya anda lihat lima bulan pertama dia melakukannya dengan baik.
"Anda melihat bagaimana dia bertindak balas terhadap prestasi buruk seperti di Munich. Di Burnley dia cemerlang.
"Dia adalah watak yang kuat, dia mempunyai personaliti dan dia akan menanganinya."
Menurut Opta, Onana melakukan empat kesilapan ketika Liga Juara-Juara musim ini, lebih satu daripada penjaga gol lain.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erbaik-liga-perdana |
|
|
|
|
|
|
| |
|