CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10748|Reply: 0

EPL: Ten Hag perlu lebih berani gugurkan Onana

[Copy link]
Post time 2-12-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode

ONANA kembali menjadi perhatian ekoran dua kesilapannya di Istanbul membuatkan United berdepan kemungkinan tersingkir daripada aksi Liga Juara-Juara. - AFP

MANCHESTER – Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes seakan sudah muak dengan prestasi rakan sepasukannya di pintu gol, Andre Onana yang sering melakukan kesilapan sehingga memberikan kesan besar kepada pasukan.

Pemain tengah berpengaruh itu menggesa Onana untuk memberikan fokus dan aksi lebih baik selepas dua kesilapannya menyaksikan United terikat 3-3 menentang Galatasaray ketika mereka sebenarnya wajib untuk menang.

“Saya fikir dia tahu apa yang perlu dilakukan, dia juga perlu melakukan yang terbaik ketika di padang. Di Istanbul mungkin bukan sepenuhnya kesalahan diletakkan pada Onana, tetapi pasukan ini sepatutnya beraksi lebih baik, kami perlu memikul tanggungjawabnya.

“Kami perlu lebih memahami apa yang perlu ditingkatkan supaya kesannya dapat dilihat. Kami banyak melakukan kesilapan sehingga memberi kesan besar terhadap prestasi kami di Liga Juara-Juara,” katanya.

Tambahnya, dia kecewa dan hairan dengan kegagalan pasukan untuk ‘membunuh’ perlawanan biarpun sudah berjaya mendahului perlawanan dengan 2-0 atau 3-1.

Sementara itu, sudah mula ada desakan terhadap pengendali United, Erik Ten Hag untuk memberikan peluang kepada penjaga gol kedua, Altay Bayindir membuat debut bersama pasukan itu ekoran aksi hambar Onana.

Penulis dan pengkritik sukan, Chris Wheeler menganggap sudah tiba masanya untuk Ten Hag mengurangkan sedikit keyakinannya terhadap Onana yang dilihat kerap mengecewakan sebaliknya memberikan peluang buat Bayindir.

“Ten Hag mungkin berfikir menggugurkan Onana menjadi suatu yang sukar kerana beliau yang membuat keputusan untuk membawanya ke Old Trafford.

“Bayindir tidak jauh bezanya dengan David De Gea menerusi gaya permainan dan dia wajar diberikan peluang walaupun Ten Hag pernah menyebut bahawa dia masih berada dalam proses untuk menyesuaikan diri,” katanya.

United bakal berdepan satu lagi cabaran apabila dijadual turun menentang Newcastle United di St. James Park awal pagi esok. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ani-gugurkan-onana/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052770 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list