CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5629|Reply: 0

Arsenal selesa di puncak liga selepas atasi Wolves

[Copy link]
Post time 3-12-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode

PENJAGA gol Arsenal David Raya melompat untuk menyelamatkan serangan dari pemain Wolves. -FOTO AFP

London: Arsenal kembali menguasai liga selaku pendahuluan dengan kelebihan empat mata di puncak Liga Perdana selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Wolverhampton Wanderers.

Gol awal oleh Bukayo Saka dan Martin Odegaard meletakkan Arsenal untuk mengatasi Wolves di The Emirates tetapi pasukan Mikel Arteta terpaksa menahan serangan lewat perlawanan dari pelawat.

Pasukan tuan rumah menghampiri gol ketiga apabila Gabriel Martinelli melepaskan rembatan namun terkena tiang pada penghujung separuh masa pertama.

Mereka kemudiannya dikejutkan apabila penyerang Wolves, Matheus Cunha berjaya mencerobohi gawang pada minit ke-86 untuk menjadikan perlawanan itu kembali tegang.


Arsenal kini mendahului carta dengan jurang terbesar sejak April empat mata mengatasi juara bertahan Manchester City.

Arteta tidak perlu mengingatkan kembali bagaimana perlumbaan gelaran kejuaraan musim lalu berakhir dengan kekecewaan apabila mereka sekali lagi menunjukkan konsistensi untuk terus memberikan cabaran yang masih panjang.

"Saya hanya boleh memuji pemain," kata Arteta.

"Mereka sangat baik. Kami bermain menentang pasukan yang benar-benar bagus dan menghasilkan begitu banyak peluang dan hampir tidak bolos.

"Tapi jaringan gol sepatutnya lebih besar. Kami tidak bernasib baik apabila saya rasa tiga percubaan kami terkena tiang.

"Pada penghujungnya kami melakukan kesilapan untuk membolehkan lawan mendapat gol. Dalam Liga Perdana anda akan dihukum jika lalai. Tapi secara keseluruhannya saya gembira dengan apa yang dipamerkan pemain."

Arsenal kini mengumpul 33 mata daripada 14 perlawanan dengan City 29 mata menjelang perlawanan di tempat sendiri menentang Tottenham Hotspur.

Liverpool dan Aston Villa yang berkongsi 28 mata akan turun beraksi menentang Fulham dan Bournemouth.

"Ia adalah minggu yang baik dengan beberapa keputusan yang baik. Kami berada di puncak dan kami perlu terus meningkat dan terus berusaha," kata kapten Arsenal, Odegaard.

"Jadual sangat sukar tetapi hampir sepanjang musim ia sukar."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... elepas-atasi-wolves
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.051144 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list