View: 5553|Reply: 0
|
Kebangkitan menakjubkan Liverpool di Anfield
[Copy link]
|
|
ALEXANDER-ARNOLD meledak gol kemenangan Liverpool untuk mengatasi Fulham. -FOTO AFP
Liverpool: "Saya tidak fikir saya akan dapat melihat perlawanan dengan jumlah gol yang cantik seperti hari ini."
Itulah yang dimaklumkan oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kepada Sky Sports selepas pasukannya melakar kemenangan dalam aksi penuh mendebarkan ke atas Fulham.
Liverpool menjaringkan dua gol lewat perlawanan dalam tempoh seminit termasuk gol kemenangan dari Trent Alexander-Arnold pada minit ke-88 yang menyaksikan mereka melakar kemenangan 4-3 mengatasi Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Ketinggalan 2-3 pada minit ke-87, Liverpool menyamakan kedudukan apabila Wataru Endo menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana.
Beberapa saat kemudian Alexander-Arnold melengkapkan gol kemenangan dalam kebangkitan penuh sensasi Liverpool di Anfield.
Alexander-Arnold membantu Liverpool membuka jaringan pada minit ke-20 apabila sepakan percumanya melepasi palang dan melepasi penjaga gol Fulham, Bernd Leno.
"Secara jujur ia membabitkan mental," kata Trent-Alexander.
"Permainan naik turun secara keseluruhannya. Mendahului, kemudian ketinggalan semula, kemudian seperti akan kalah bila perlawanan berbaki lima minit lagi, mendapat gol penyamaan dan kemudian menang.
"Ia adalah permainan yang sukar dipercayai, penuh dengan emosi. Sangat-sangat gembira untuk mendapat kemenangan dan menjaringkan gol."
Klopp nyata gembira dengan apa yang dilakarkan oleh pemainnya: "Hari ini kami menjaringkan empat gol terbaik dan kami bertuah apabila memenangi perlawanan ini dan itu memberitahu anda segala-galanya.
"Empat gol yang saya tidak pernah lihat sebelum ini dalam satu perlawanan seperti ini sejujurnya."
Pengurus Fulham Marco Silva turut sama kehilangan kata-kata.
"Ia adalah hebat, gol yang hebat yang dijaringkan," katanya.
"Biasanya itu tidak berlaku. Mereka menjaringkan empat gol hebat dari jarak jauh.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... iverpool-di-anfield |
|
|
|
|
|
|
| |
|