CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5609|Reply: 0

EPL: Kedudukan Ten Hag dalam bahaya

[Copy link]
Post time 4-12-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

TEN HAG

LONDON – Perang mulut antara pengendali Manchester United, Erik Ten Hag dan penyerangnya, Anthony Martial ketika menanggung kekalahan 0-1 menentang Newcastle United awal pagi semalam memberikan isyarat dan petanda yang kurang baik untuk pasukan tersebut.

Ia seakan menyerlahkan lagi kepincangan pasukan itu ketika mereka masih belum menemui prestasi terbaik sejak awal musim ini sekali gus menambahkan tekanan yang memuncak menyebabkan kedudukan Ten Hag sebagai pengurus pasukan itu semakin tidak menentu.

Pengulas bola sepak England, Jermain Jenas mengakui bahawa berdasarkan ‘bahasa’ badan oleh Martial dan Ten Hag yang menjerit ke arah pemain itu menunjukkan bahawa situasi yang dihadapi United ketika ini agak meruncing.

Selain itu, prestasi hambar dan kesungguhan yang dipamerkan oleh seorang lagi pemain, Marcus Rashford juga membuktikan pengurus dari Belanda itu bakal berdepan masalah besar kerana ia melibatkan dua pemain yang berpengaruh di dalam bilik persalinan United.

Kedua-dua pemain itu dibawa keluar selepas sejam beraksi ekoran beraksi di bawah tahap sebenar sekali gus mencipta satu lagi suasana tidak harmoni hubungan antara pengurus dan pemain.

“Secara peribadi saya fikir aksi kali ini menunjukkan petanda ada beberapa pemain yang tidak gembira sama ada melibatkan taktikal ataupun posisi mereka diarahkan bermain pada perlawanan itu.

“Gerak tubuh dan bahasa badan yang ditunjukkan oleh pasukan itu seakan memberikan mesej yang jelas kepada pengurus mereka. Rashford diarah beraksi di bahagian kanan dan dia tidak menyukainya berdasarkan beberapa tanda yang ditunjukkan.

“Bahagian serangan tidak membantu untuj bertahan, Martial hanya membiarkan Fabian Schar melakukan apa sahaja yang diinginkan. Situasi itu menyebabkan saya terfikir mengenai Ten Hag yang disebut sebagai seorang yang mementingkan disiplin.

“Dia mengutamakan disiplin di luar padang, tetapi saya tidak melihat para pemainnya menghormati disiplin yang diinginkan ketika di dalam padang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... hag-dalam-bahaya-2/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.244524 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list