CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3445|Reply: 0

35,300 tiket akhir Piala Malaysia diperuntuk TFC habis terjual

[Copy link]
Post time 5-12-2023 01:40 PM | Show all posts |Read mode

PENYOKONG Terengganu FC ketika aksi Liga Super musim 2023.



KUALA NERUS: Bahang perlawanan akhir Piala Malaysia semakin terasa buat peminat Terengganu FC (TFC) selepas 35,300 keping tiket habis dijual dalam masa kurang empat hari.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TFC, Mohd. Syahrizan Mohd. Zain, jumlah jualan tiket berkenaan membabitkan semua empat kategori iaitu GA50, GA70, PG150 dan VIPG200.

Beliau berkata, sambutan baik itu diterima ketika tempoh jualan awal dibuka kepada pemegang kad keahlian TFC dan pas bermusim selama tiga hari bermula 28 November.

Sejumlah 35,300 keping tiket yang diperuntukkan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kemudian disahkan habis terjual selepas jualan dibuka kepada semua penyokong pada 1 Disember.




“Dengan jumlah tiket daripada MFL itu, kami buka jualan secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada pemegang kad keahlian TFC dan pas bermusim yang boleh membeli lebih awal.

“Selepas jualan tiket dibuka kepada penyokong biasa pada 1 Disember pukul 3 petang, baki tiket yang dijual ‘licin’ tidak sampai 24 jam dan situasi ini sama seperti final Piala FA tahun lalu.

“Pihak pengurusan kelab menghargai sokongan daripada peminat setia TFC dan berharap dapat menyajikan persembahan terbaik di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat ini,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -tfc-habis-terjual/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.217543 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list