CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28778|Reply: 0

Terengganu idam julang Piala Emas Raja-Raja

[Copy link]
Post time 9-12-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Terengganu menjalani latihan ringan di perkarangan hotel penginapan mereka sebagai persiapan perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja (PERR) esok. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Skuad Piala Emas Raja-Raja (PERR) Terengganu tetap memiliki peluang menjinakan Pahang pada perlawanan akhir PERR di Stadium Darul Makmur, di sini esok.

Rekod tewas 0-2 pada pertemuan peringkat kumpulan sebelum ini tidak seharusnya dijadikan ukuran untuk pelawat mengangkat bendara putih sebelum turun berjuang dipentas final.

Ketua pasukan PERR Terengganu, Muhammad Syafiq Ikhwan Mokhtar berkata walaupun Pahang memiliki kelebihan bermain digelanggang sendiri, namun itu tidak bermakna Terengganu membiarkan tuan rumah mencatat kemenangan mudah.

Katanya, pemain Terengganu akan turun dengan semangat perjuangan yang mengunung untuk membawa pulang trofi PERR selepas menunggu terlalu lama, kali teraksi kami menjulang kejuaraan 22 tahun lalu.



Menurutnya, pemain menanam misi mencatat kemenangan malam esok, perjuangan dalam masa 90 minit dilakukan tanpa rasa hormat pada lawan telah menewaskan kami 2-0 sebelum ini.

"Kita akan turun dengan keyakinan yang tertinggi membawa harapan peminat bola sepak Terengganu yang ingin melihat trofi PERR dapat singgah di bumi Terengganu kali ini.

"Percaturan yang diterap jurulatih Wan Adremy Indera Wan Adnan akan diterjemah oleh pemain yang telah bersedia beraksi di atas padang kering maupun basah," katanya, di sini hari ini.

Beliau menambah, jurulatih telah mengingatkan pada pemain yang diturunkan malam esok supaya dapat mempamirkan corak permainan sebenar, jangan terlalu takut dan menghormati pada tuan rumah yang memiliki kelebihan beraksi digelanggang sendiri sambil memdapat sokongan peminat tempatan.

Kali terakhir Terengganu menjulang trofi PERR pada 2000 selepas menumpaskan Selangor 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... iala-emas-raja-raja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.049562 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list