CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18927|Reply: 0

Sangat mengecewakan - Ten Hag

[Copy link]
Post time 10-12-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode


TEN Hag bingung prestasi terumbang-ambing United. FOTO AFP

London: Manchester United mempamerkan aksi buruk menentang Bournemouth di padang Old Trafford yang basah.

Sebarang harapan terhadap pasukan bimbingan Erik Ten Hag untuk meneruskan momentum selepas kemenangan pertengahan minggu ini ke atas Chelsea tidak menjadi kenyataan.

Mereka dikalahkan oleh Bournemouth yang mencatatkan kemenangan pertama di tempat lawan kepada hasil jaringan Dominic Solanke, Philip Billing dan Marcos Senesi.

United kekal di tangga keenam tetapi mereka kini ketinggalan 10 mata di belakang Liverpool selepas kekalahan keempat di tempat sendiri dalam saingan liga musim ini.



Selepas perlawanan Liga Juara-Juara yang wajib dimenangi menentang Bayern Munich, United akan bertandang ke Liverpool hujung minggu depan.

"Sudah tentu, saya marah dan kecewa," kata Ten Hag.

"Saya menjangkakan sesuatu yang berbeza, saya harap sebelum perlawanan anda boleh membina daripada prestasi dan keputusan daripada Chelsea, jadi ia sangat mengecewakan, cara kami memulakan permainan.

"Selepas 2-0, kami mengalami tekanan jadi kami perlu melakukan perkara yang lebih baik."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... engecewakan-ten-hag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.547100 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list