View: 19107|Reply: 0
|
Emery puas malukan Arsenal
[Copy link]
|
|
PEMAIN Arsenal kecewa selepas tumpas kepada Villa. FOTO Reuters
London: Unai Emery mendedahkan beliau tidak bersalaman dengan mana-mana staf kejurulatihan Arsenal selepas Aston Villa mencatat kemenangan 1-0 ketika ketiadaan Mikel Arteta.
Pengurus The Gunners itu dikenakan hukuman tidak boleh berada di bangku simpanan di Villa Park berikutan denda yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak England (FA).
Beliau hanya boleh menonton perlawanan daripada bilik eksekutif yang menyaksikan pasukannya dikejutkan dengan gol di separuh masa pertama oleh pemain tengah, John McGinn.
Emery memegang jawatan sebagai pengurus di Arsenal selama 18 bulan sebelum dipecat pada November 2019 dan digantikan dengan Arteta.
Beliau berkata selepas perlawanan tidak berjabat tangan dengan kakitangan kejurulatihan Arsenal tanpa kehadiran Arteta - yang pantas meninggalkan tempat duduk sejurus sebelum wisel penamat - tetapi menegaskan tidak ada perasaan negatif antara kedua-dua bangku simpanan.
Kapten Aston Villa, McGinn menjaringkan gol pada minit ketujuh dan mereka bertahan untuk menewaskan Arsenal tiga malam selepas mereka mengejutkan penyandang juara Manchester City dengan jaringan yang sama di Villa Park.
Ia adalah kemenangan ke-15 berturut-turut Villa di laman sendiri dan juga rekod baharu kelab.
"Saya berasa sangat, sangat puas dan gembira, kami mendapat sokongan daripada penyokong dan tenaga positif dihantar kepada kami," kata Emery.
"Hari ini kami memerlukannya kerana kami keletihan selepas perlawanan pada hari Khamis lalu."
"Kami bercakap mengenai keperluan untuk mengekalkan rekod bersih menentang City dan Arsenal, adalah menakjubkan mengalahkan mereka."
Arsenal menyangka mereka sudah menyamakan kedudukan pada masa kecederaan sebelum Video Bantuan Pengadil (VAR) menentukan Kai Havertz menyentuh bola dengan tangan sebelum melepasi penjaga gol, Emi Martinez ketika keadaan kelam-kabut di depan gawang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uas-malukan-arsenal |
|
|
|
|
|
|
| |
|