CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9773|Reply: 0

Osimhen pemain terbaik Afrika mengetepikan Salah

[Copy link]
Post time 12-12-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode

OSIMHEN (kiri) dari Nigeria dan Asisat Oshoala dinobatkan pemain terbaik Afrika di Anugerah CAF 2023. -FOTO CAF

Marrakesh, Maghribi: Penyerang Nigeria dari Napoli, Victor Osimhen diumumkan sebagai pemain lelaki terbaik Afrika pada majlis anjuran Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) di Marrakesh, Maghribi.

Osimhen mengetuai Napoli memenangi kejuaraan Liga Itali musim lalu, mengetepikan bek kanan Paris Saint-Germain dari Maghribi, Achraf Hakimi dan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah untuk memenangi anugerah utama itu.

"Ia adalah impian yang menjadi kenyataan bagi saya," kata Osimhen.

"Saya menghargai warga Nigeria kerana sokongan mereka. Saya menghargai Afrika kerana meletakkan saya di mana saya berada, menggalakkan saya dan mempertahankan saya, tanpa mengira kekurangan saya," tambah pemain berusia 24 tahun itu.



Osimhen beraksi cemerlang musim lalu untuk Napoli apabila menjaringkan 31 gol dalam semua pertandingan dan menyumbang kepada kejayaan mereka memenangi gelaran Liga Itali selepas kemarau yang berlarutan selama 33 tahun.

Napoli menganggarkan nilai pasaran Osimhen kini melonjak kepada kira-kira €200 juta euro (RM1.008 bilion).

Osimhen dikenal pasti pencari bakat dari Eropah pada Piala Dunia B-17 di Chile pada tahun 2015 dan menyertai kelab Jerman, Wolfsburg.

Dia kemudian dipinjamkan ke Charleroi sebelum menyertai kelab Belgium itu secara perpindahan tetap. Dia berpindah ke kelab Perancis, Lille pada tahun 2019, yang mana dia menjaringkan 13 gol dalam 27 penampilan.

Napoli mengikatnya setahun kemudian dengan harga €70 juta (RM353 juta) tetapi dia dijangkiti Covid-19 semasa lawatan ke Nigeria sebelum mengalami kecederaan di kepala dan retak tengkorak serta rongga mata.

Tahun lalu Maghribi muncul pasukan Afrika dan negara Arab pertama layak ke separuh akhir Piala Dunia dan penjaga gol Yassine Bounou, rakan sepasukannya serta jurulatih Walid Regragui menerima penghargaan di Marrakesh.

Bounou dinamakan penjaga gol terbaik tahunan, Regragui jurulatih terbaik dan Maghribi pasukan kebangsaan terbaik.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mengetepikan-salah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.312008 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list