CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9771|Reply: 0

Ronaldo sumbat gol ke-50 tahun ini

[Copy link]
Post time 12-12-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Al-Nassr dari Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan kemenangan bersama rakan sepasukannya ketika menundukkan Al-Shabab pada suku akhir Piala Raja Saudi di Stadium Al-Shabab Club, Riyadh awal pagi tadi. – Foto AFP

RIYADH: Cristiano Ronaldo meledak gol ke-50 peribadinya tahun ini untuk membantu Al-Nassr layak ke separuh akhir Piala Raja Saudi selepas menang besar 5-2 ke atas Al-Shabab di laman lawan awal pagi tadi.

Tonggak utama Al-Nassr itu meraih gol ke-26 musim ini ketika pasukannya membenam tuan rumah dengan Sadio Mane turut berada dalam senarai penjaring kali pertama sejak September lalu.

Ronaldo menyambut umpanan bola di kawasan penalti pada minit ke-74 dan menyudahkannya dengan merembat leret mengatasi penjaga gol ke penjuru gol lawan.

Ia menghidupkan peluang Al-Nassr untuk memenangi pertandingan itu yang kali terakhir dijulang pada tahun 1990.



Mereka satu daripada pasukan pilihan yang masih bersaing selain kelab Neymar, Al-Hilal dan sekiranya mereka menang, ia trofi kedua Ronaldo bersama Al-Nassr.

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris – Ronaldo, Mane dan Aymeric Laporte semuanya bermula buat Al-Nassr.


Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo (tengah) bersaing dengan pemain Al-Shabab, Ever Banega (kiri) dan Fawaz Al-Sagour pada aksi suku akhir Piala Raja Saudi di Riyadh awal pagi tadi. – Foto AFP

Seko Fofana membuka tirai jaringan selepas 17 minit sebelum Carlos menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Al-Nassr mendominasi tuan rumah pada babak pertama menerusi gol Mane dan Abdulrahman Ghareeb sebelum Ronaldo memastikan kemenangan dengan penamat klinikal pada minit ke-74.

Al-Shabab meraih gol saguhati pada minit ke-90 menerusi Hattan Bahebri tetapi Al-Nassr masih mampu menambah gol kelima pada minit keenam masa kecederaan melalui Mohammed Maran.

Bekas bintang Manchester United itu kini menjadi pendahulu penjaring terbanyak Liga Pro Saudi dengan 16 gol dalam 15 perlawanan.

Bagaimanapun Al-Nassr menghuni tangga kedua carta liga tujuh mata di belakan Al-Hilal.

Memenangi Piala Raja Saudi boleh memastikan tempat ke Liga Juara-Juara Asia, sekalipun penamat tiga teratas liga juga mencukupi untuk layak. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... gol-ke-50-tahun-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.049966 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list